CARA GUNA APLIKASI SOCAR (Kadar Sewaan Dan Faedah)

Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA GUNA APLIKASI SOCAR (Kadar Sewaan Dan Faedah)

Berikut adalah cara guna aplikasi SOCAR. SOCAR adalah perniagaan sewaan pengangkutan dalam talian yang ditubuhkan pada 2011 di Pulau Jeju, Korea Selatan . Kini dengan menggunakan smart phone sahaja anda boleh dapatkan kereta sewa  dengan segera Malah dengan SOCAR  anda dapat memiliki pelbagai jenis  kenderaan mengikut masa yang anda mahu

Di Malaysia, SOCAR (dipanggil SOCAR Malaysia) berada di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga anak tempatan, Leon Foong yang sebelum ini pernah menyandang jawatan tinggi dalam Uber Malaysia dan Thailand. Beliau juga adalah pengasas bersama aplikasi mobil, GoGet.my.

Malaysia juga adalah destinasi pertama SOCAR untuk pasaran luar negara.

Baca Juga : REVIEW PROTON X90: Inovasi Terbaru dalam Industri Mobil Malaysia

2.Cara Pendaftaran SOCAR?

  • Muat turun aplikasi SOCAR daripada AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android).
  •  Pendaftaran dengan memasukkan butiran diri, termasuk melengkapkan nombor akaun kad kredit/debit untuk urusan pembayaran, lesen memandu dan kad pengenalan.
  • Pendaftaran dikira BERJAYA selepas anda memuat naik foto yang ditangkap bersama kad pengenalan seperti imej ditunjukkan.
  • Selepas pendaftaran BERJAYA, anda kini boleh lihat lokasi kereta sewa SOCAR (dipanggil SOCAR Zone) sekitar Lembah Klang (ada 100 lokasi) yang ditandakan dalam warna biru muda.
  • Pergi ke SOCAR Zone dan cari kereta yang anda mahu sewa.
  • Pengguna dikehendaki mengambil gambar setiap sudut kereta (kiri, kanan, depan dan belakang) dan hantar kepada SOCAR menerusi aplikasi disediakan.
  • Ikut arahan dalam aplikasi tersebut dan pandulah macam biasa.

Peringatan

  • Pastikan kereta dipulangkan tepat pada masa dalam keadaan bersih dengan isian petrol sekurang-kurangnya separuh tangki.
  • Jika mahu isi semula petrol, cuma gunakan kad petrol yang siap disediakan dalam kereta.
  • Tempahan boleh dibuat dalam tempoh 30 minit hingga seminggu sebelum kereta disewa.

3. Kadar Sewaan Mengikut  Jenis Kereta

Setakat ini ada 4 jenis model kereta ditawarkan SOCAR yang akan dikemas kini secara berkala. Jumlah keseluruhan kereta dimiliki SOCAR buat masa ini adalah 240 unit. Berikut kadar sewa ditetapkan:

Hari Biasa

  • Perodua Axia – RM8/jam
  • Honda City – RM9.90/jam
  • Honda HR-V – RM18.90/jam
  • MINI Cooper – RM25/jam

Hari Minggu

  • Perodua Axia – RM11/jam
  • Honda City – RM15.90/jam
  • Honda HR-V – RM25/jam
  • MINI Cooper – RM30/jam

Berikut Faedah Yang Ditawarkan Perkhidmatan SOCAR:

  • Boleh sewa dan pandu sendiri ke mana saja destinasi yang anda suka.
  • Boleh tambah masa jika perlu sama ada 10 minit, 30 minit, atau sejam menggunakan aplikasi mobil.
  • Tidak perlu risau berebut parkir. SOCAR memang menyediakan petak parkir khas di banyak kawasan hotspot sekitar Lembah Klang seperti pusat beli-belah di KLCC, MidValley, KL Gateway dan banyak lagi.
  • Insurans kemalangan disediakan.
  • Kalau takut kad kredit rejected (sebab lebih limit), pengguna boleh tambah hingga tiga kad kredit/debit pada satu-satu masa sebagai alternatif. Maksudnya, boleh guna kad lain. Hutang tetap kena bayar.
  • Ada bantuan keselamatan ‘live’ jika kereta tiba-tiba jem. Cuma tekan fungsi ‘Live Hotline’ dan aplikasi akan membuat panggilan kecemasan kepada bahagian sokongan pelanggan SOCAR yang beroperasi 24 jam.
  • Ada pas khas, ‘Stress Free Pass’. Kupon ini sah untuk tempahan dari jam 7 malam hingga 8 pagi, Isnin hingga Khamis dengan bayaran serendah RM28 untuk model Axia (City – RM37; HR-V – RM69).

SOCAR turut menawarkan perkhidmatan pintu-ke-pintu (D2D Car-Sharing) tetapi dengan syarat anda berada di lokasi ditetapkan yang ditanda warna biru tua dalam aplikasi mobil. Konsepnya sama macam parkir valet dan caj dikenakan, RM5. Buat masa ini, perkhidmatan D2D cuma disediakan di kawasan sekitar Bangsar dan Damansara Height.

Untuk Maklumat Lanjut

Sila Layari

https://socar.my/consumer

malaylive.com

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *