Cara Deposit Akaun Tabung Haji Tanpa Caj (JOMPay atau THiJARI)

Cara Deposit Akaun Tabung Haji Tanpa Caj (JOMPay atau THiJARI)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Deposit Akaun Tabung Haji Tanpa Caj (JOMPay atau THiJARI)

 

Jika sebelum ni ramai yang menggunakan online banking untuk Deposit akaun Tabung Haji, dan anda akan dikenakan caj RM1 pada setiap transaksi. Sekiranya anda membuat transaksi untuk anda, Isteri dan 3 Orang anak, tanpa sedar anda sudah dikenakan caj sebanyak RM5.

 

Bukanlah ingin mengajar anda semua berkira, namun jika ada cara deposit tanpa caj, mengapa ingin bayar lebih (hehehe…)

 

Berikut Adalah Cara Deposit Akaun Tabung Haji Tanpa Caj

 

JOMPAY

Cara Deposit akaun tabung haji tanpa caj yg pertama adalah menggunakan JOMPAY

  1. Log masuk ke online banking anda (perbankan internet)
  2. Pilih JomPAY
  3. Isi maklumat transaksi

 

*Biller Code – 60228

*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”

*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)

*Ref-2 – (Kosongkan)

*Amaun (RM) – (Isikan nilai)

 

  1. Teruskan hingga selesai

 

  • Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan.

 

  • Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam atau selewatnya 1 Hari bekerja

 

  • Cara JomPAY tu bagus, percuma dan tiada caj. .. mengambil masa untuk masuk kedalam akaun Tabung Haji kita.

 

  • Jadi untuk tidak menunggu lama, anda boleh gunakan cara yang ke2 ini

 

 

THiJari

Cara Deposit akaun tabung haji tanpa caj yg kedua adalah menggunakan THiJARI

THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Baru baru ini THiJARI baru sahaja di kemaskini dan dikenali sebagai THiJARI 2.0. Kemaskini ini dilakukan bertujuan untuk menambah fungsi fungsi yang terdapat di dalam applikasi ini. Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

 

Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website.

Pastikan sudah mendaftar yer..

 

  1. Log masuk ke THiJARI.

Jika belum ada akaun, sila daftar/register new user.

 

  1. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’

 

  1. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.

 

  1. Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan, kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.

 

  1. Teruskan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Selesai.

 

  • Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ.
  • Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi.
  • Anda juga boleh deposit kpd akaun selain akaun anda (Transaksi bagi pihak ketiga) juaga tanpa caj

 

Semoga dengan perkongsian ini dpt memberi penjimatan kpd anda dari segi

  • Duit caj
  • Bersesak di mesen ATM
  • Bersesak di kaunter Tabung Haji
  • Dan banyak lagi

Maklumat lanjut boleh rujuk Website Lembaga Tabung Haji

Cara Tutup Pinjaman ASB : (Terminate ASB Loan Dengan Bank)

Soalan Lazim Temuduga SPA  (Contoh Soalan Interview Yang Popular)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *