CARA DAFTAR TIKTOK SHOP : MULA BERNIAGA

Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Percuma
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR TIKTOK SHOP : MULA BERNIAGA

Tahukah anda cara daftar tiktok shop? Aplikasi TikTok kian menjadi bualan masyarakat hari ini kerana ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi tersebut selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Segala informasi dan maklumat yang disiarkan di dalam aplikasi tersebut juga sangat cepat menjadi tular.

APA ITU TIKTOK SHOP

TikTok merupakan aplikasi media sosial yang digunakan untuk mengedit dan memuatnaik video dengan durasi singkat. Namun seiring dengan berkembangnya teknologi, TikTok menghadirkan berbagai macam fungsi tambahan yang menarik. Salah satu fungsi yang terbaiknya dalah membeli belah secara online di TIKTOK Shop.

KENAPA MEMILIH TIKTOK SHOP? 

Sebelum kita terus kpd cara daftar tiktok shop, berikut merupakan serba sedikit maklumat untuk menambah minat anda beralih kpd tiktok shop.

  • TikTok dilabel platform media sosial untuk generasi muda. Namun, semakin ramai golongan berusia kini juga tidak mahu ketinggalan dengan trend di aplikasi tersebut.
  • Menurut DataTrek Research, TikTok menyaksikan lonjakan terbesar pada carian Google dalam tempoh 90 hari pada akhir April lalu, mengatasi rangkaian sosial popular lain seperti Facebook, Snapchat dan Twitter.
  • Sekarang sudah banyak media sosial yang menyediakan platform untuk menjual secara sah disamping anda berinteraksi dengan rakan lain termasuk di TikTok yang mana ianya dikenali sebagai TikTok Shop.
  • TikTok kita lebih kenali sebagai platform perkongsian video dengan durasi pendek dan sederhana. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis video yang dipertontonkan yang dikongsikan sendiri oleh pengguna yang kini sudah ada di seluruh dunia.
  • Kini ianya sudah menjadi antara aplikasi yang banyak dimuat turun di seluruh dunia. Pada tahun 2019, telah dicatatkan 80 juta pengguna telah menggunakan TikTok dan dalam tahun yang sama juga, lebih 4 juta pengguna adalah datang daripada Malaysia.
  • Dengan jumlah pengguna yang besar di Malaysia yang mana pastinya menjadi platform yang terbaik untuk anda berniaga dan mencari pendapatan di sini disamping di laman e-dagang tersedia yang lain seperti Shopee dan Lazada.
  • Tetapi platform media sosial seperti TikTok ini bukanlah dicipta khas untuk anda berniaga. Tapi jangan risau, kerana itu pada awal penciptaannya yang mana kini tidak lagi kerana TikTok telah menyediakan ciri khas untuk berniaga di TikTok yang dikenali sebagai TikTok Shop.

SYARAT DAFTAR TIKTOK SHOP

TikTok telah menetapkan dua syarat untuk melayakkan anda menggunaakn TikTok Shop iaitu:

  1. Mempunyai follower lebih 1000
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas

Jika anda sudah capai syarat yang ditetapkan ini, anda boleh daftar TikTok Shop dan mula menjual produk bersama viewer dan followers anda di TikTok.

KELEBIHAN TIKTOK SHOP

Selain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:

  • Subsidi Penghantaran Percuma
  • 0% Yuran Komisen
  • Produk Subsidi Langsung
  • Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80%
  • Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
  • Latihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik semuanya tersedia di TikTok Shop

 Menariknya, sebuah kajian oleh Flamingo Research telah mendapati bahawa 71% pengguna percaya trend terbesar bermula di TikTok.

Antara hashtag yang tentu anda pernah nampak di media sosial adalah  #TikTokMadeMeBuyIt atau trend “I saw this thing on TikTok”, di mana ia merupakan konten untuk pengguna mempromosikan atau memasarkan produk dengan cara yang unik serta menarik.

Kajian itu juga mendapati bahawa:

  • 43% pengguna mencuba sesuatu atau pergi ke tempat baharu selepas melihatnya sekurang-kurangnya sekali di platform.
  • 61% daripada TikTokers menyukai jenama dengan lebih baik apabila mereka mencipta atau mengambil bahagian dalam trend di TikTok
  • 21% daripada TikTokers berasa lebih ‘rapat’ dengan jenama apabila mereka memberi komen pada post orang lain.
  • 56% pengguna dan 67% pencipta konten berasa lebih dekat dengan jenama yang mereka lihat di TikTok
  • 45% pengguna berasa lebih berhubung dengan jenama yang mengajar mereka sesuatu yang baharu atau memberi mereka maklumat tentang diri mereka di TikTok.
  • 63% pengguna menyukainya apabila sesebuah jenama menunjukkan pencipta TikTok dalam video mereka.
  • 66% pengguna berasa terhibur apabila sesuatu jenama mengikuti trend di Tiktok untuk mempamerkan produk mereka.
  • Menurut laporan oleh Astro Awani, lebih separuh daripada pengguna TikTok ialah Gen Z, diikuti dengan 39% golongan Millenial.
  • Pertumbuhan dalam kalangan Gen Z dilihat amat lebih pantas, meningkat 46 mata antara Januari 2019 dan April 2021, berbanding 36 mata untuk Milenial dalam jangka masa yang sama.

Jadi, jika sasaran jenama anda adalah golongan berumur antara 13 dan 60 tahun, anda perlu menggunakan TikTok sekarang.

Baca Juga ; Jana Pendapatan Dengan Shopee Affiliate Program (Tanpa Modal)

CARA DAFTAR TIKTOK SHOP

Semua peniaga dialu-alukan untuk berjualan di TikTok Shop walaupun 0 follower.Proses pendaftaran Tiktok Shop adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.

Cara Daftar TikTok Shop adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda sudah mempunyai akaun TikTok sama ada akaun Creators atau Business
  2. Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
  3. Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
  4. Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan
  5. Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
  6. Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.
  7. Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sahaja pesanan atau order masuk.
  8. Selesai!
  9. Untuk pengguna pula yang kali pertama ingin beli di TikTok, anda boleh dapatkan diskaun RM12 untuk pembelian pertama sahaja bagi mana-mana produk yang dijual dalam platform tersebut.

Jadi selain daripada upload video, anda juga boleh cari pendapatan tambahan sebagai seller di TikTok Shop juga. Trafik di TikTok pun dah tinggi kan, jadi lebih mudah untuk anda dapatkan pelanggan untuk beli produk anda.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK DAFTAR TIKTOK SHOP

Sila sertakan dokumen sokongan mengikut kategori penjual Tiktok Shop seperti berikut:

Dokumen Sokongan Untuk Daftar Perniagaan Di TikTok Untuk penjual korporat:

  • Sila sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran Tiktok Shop.

Tiktok Shop Untuk penjual Individu:

  • Sila sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran Tiktok Shop.

Anda juga boleh melihat Tweet oleh pengguna ini yang menerangkan proses dan pengalaman yang dilaluinya untuk mendaftar Tiktok Shop

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Daftar Perniagaan Di Tiktok Shop, sila ikuti saluran berikut:

Pendaftaran Penjual: https://seller-my.tiktok.com/

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penjualan di TikTok Shop, sila lawati : https://seller-my.tiktok.com/university

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *