CARA DAFTAR SHOPEE SELLER : TAMBAH BARANG JUALAN

CARA DAFTAR SHOPEE SELLER : TAMBAH BARANG JUALAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR SHOPEE SELLER : TAMBAH BARANG JUALAN

Tahukah anda cara daftar untuk menjadi shopee seller? Jualan secara online kini sudah menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mulakan perniagaan kecil-kecilan. Antara platform terbaik sekarang adalah Shopee.

Disini kami kongsikan  cara terbaru untuk daftar Shopee Seller Malaysia, semoga membantu.

Baca Juga : CARA BELI BARANG SHOPEE : CARA BUAT BAYARAN

APA ITU SHOPEE SELLER

Shopee adalah sebuah aplikasi dan platfom jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan smartphone. Shopee didatangkan dalam bentuk aplikasi yang memudahkan penggunanya dalam melakukan kegiatan berbelanja secara online. Namun cukup menggunakan smartphone anda, Shopee akan menawarkan pelbagai produk dan pilihan untuk pembeli.

Platfom ini juga membenarkan sesiapa sahaja untuk berniaga secara atas talian melalui shopee. Namun perlu mempunyai produk dan memenuhi syarat yang di tetapkan shopee.

 

CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE 

Untuk anda  menjual di Shopee, anda perlu ada akaun Shopee.  Berikut adalah cara daftar akaun shopee:

  1. Layari pautan: shopee.com.my
  2. Klik pada SIGN UP.
  3. Masukkan NOMBOR TELEFON yang aktif.
  4. Masukkan KOD VERIFIKASI yang diterima di handphone anda
  5. Masukkan USERNAME anda inginkan.
  6. Masukkan PASSWORD yang anda inginkan.
  7. Selesai mendaftarkan akaun shopee anda.

Pastikan anda aktifkan akaun SHOPEE PAY anda setelah siap daftar akaun. Cara daftar Shopee Pay adalah seperti berikut:

  1. Login akaun Shopee anda: com.my
  2. Masukkan Username dan Password anda, tekan login
  3. Klik pada Shopee Pay untk aktifkan
  4. Masukkan No kad Pengenalan anda untuk disahkan
  5. Klik Picture untuk masukkan wajah anda. (contoh panduan diberikan)
  6. Kemudian anda dikehendaki mengambil gambar anda beserta kad pengenalan anda. (contoh panduan diberikan)
  7. Setelah lengkap semuanya, Shopee akan mengesahkan akaun anda dalam jangka masa 24 jam.

 

CARA DAFTAR SHOPEE SELLER MALAYSIA

Anda sudah ada akaun Shopee, kini anda sudah dibenarkan untuk menjadi Seller atau ingin menjual, anda kena daftar yang lain pula iaitu:

  1. Layari: www.shopee.com.my
  2. Klik Seller Centre di bahagian kiri atas
  3. Tick pada I have read, dan klik Accept.
  4. Masukkan alamat atau lokasi anda bagi tujuan maklumat seller, klik Confirm
  5. Klik pada Shop Profile. Anda dikehendaki:
    1. Masukkan nama kedai anda
    2. Masukkan logo dan gambar
    3. Masukan Shopee Description
    4. Masukkan maklumat ringkas mengenai kedai anda
    5. Nama company
    6. Nombor SSM (sekiranya ada)
  6. Klik My Shipping. Disini terdapat 3 pilihan yang anda perlu tahu
    1. Shopee Supported Logistic SSL – Secara ringkas, anda akan post mengguanakn Airway Bill (AWB) dan anda perlu print.
    2. More Shipping Option (Others) – Anda boleh tentukan shipping cost anda.
    3. Shipping Fee Included – Jika anda on kan seolah-olah anda menjual barang yang kosnya termasuk harga postage.
  7. Kemudian anda perlu tetapkan bahagian payment.
    1. Anda perlu ke Setting > Basic Setting dan pilih Payment Setting.
    2. Anda perlu tetapkan wallet sendiri dimana segala bayaran daripada pelanggan akan masuk ke sini.
    3. Tekan Create (update) dan tetapkan pin number > send OPT dan masukkan kod yang diberikan kepada anda dan klik Next dan Confirm.
  8. Tetapkan Bank Akaun
    1. Pergi bahagian Finance > Bank Account dan klik Add Bank Account.
    2. Pilih bank yang anda ingin gunakan dan masukkan no akaun
  9. Selesai daftar akaun Shopee Seller

 

CARA MASUKKAN BARANGAN JUALAN DALAM SHOPEE

 Adalah digalakkan menggunakan komputer atau laptop serta sudah sediakan segala gambar produk terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut

  1. Pergi ke bahagian dashboard Seller Centre dan klik My Products.
  2. Klik pada Add New Product.
  3. Seterusnya pilih kategori produk anda. Sudah selesai klik Next.
  4. Seterusnya anda perlu masukkan butiran atau details berkaitan produk anda. Antara yang anda perlu masukkan adalah seperti berikut:
    1. Nama produk
    2. Description produk dan hashtag (keyword)
    3. Nama brand produk anda
    4. Fungsi
    5. Harga barang
    6. Bilangan stok barang
    7. Variasi barang jika anda (warna, berat, bau dan sebagainya)
    8. Masukkan gambar produk
    9. Berat produk anda
    10. Saiz produk anda
    11. Pilih dan on kan kurier yang anda nak guna untuk pos
    12. Barang anda pre-order atau sebaliknya.
    13. Kondisi produk
  5. Setelah selesai semuanya, klik Publish.
  6. Anda telah berjaya memasukkan barangan jualan anda

 

SOALAN LAZIM

Adakah dikenakan bayaran untuk daftar sebagai shopee seller?

Tidak ada bayaran yang dikenakan, pendaftaran adalah percuma anda hanya perlu daftar sahaja

Macam mana nak muat turun  aplikasi shopee?

Anda boleh dowload aplikasi shopee di Google Play Store (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shopee.my&hl=en&gl=US) untuk Android, manakala di App Store (https://apps.apple.com/my/app/shopee-1-online-platform/id959841113) untuk iOS.

 

Apakah kelebihan menjual di shopee?

Antara kelebihan yang anda peroleh daripada berniaga di Shopee adalah:

  • Potention customer sehingga 200 juta orang
  • Pendaftaran yang mudah
  • Platform yang mudah digunakan bagi urusan jual beli
  • Tak perlu guna Whatsapp pun untuk urus niaga
  • Tiada had pendapatan yang anda boleh perolehi (unlimited income)
  • Berfungsi 24 jam sehari, 365 hari setahun dan banyak lagi

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara daftar Shopee Seller Malaysia anda boleh layari https://shopee.com.my/

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *