Cara Daftar RFID 2023 (Lepas Beli, Kena Register & Activate Online)

Cara Daftar RFID 2023 (Lepas Beli, Kena Register & Activate Online)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Daftar RFID 2023 (Lepas Beli, Kena Register & Activate Online)

Ini Cara Daftar RFID 2023 untuk rujukan anda.Kau perasan tak yang sekarang ini setiap negeri ada tol RFID? Dari Penang sampailah ke Johor tol RFID ini ada. Kau pula pengguna tegar Touch n’ Go ataupun SmartTag yang tiba-tiba nak ubah angin guna RFID lepas baca informasi dan kelebihan yang ada sana-sini. Jadi kau pun belilah dan order dah sampai. Tapi kau jenis yang tak suka nak susahkan orang kau pun tanyalah encik Google macam mana cara nak daftar dan aktifkan RFID ni sebelum kau tampal dekat kereta kesayangan kau.

 

Di Mana Boleh Beli RFID?

Boleh rujuk di sini : Cara Beli RFID Tag (Lokasi & Pemasangan)

 

Macam mana nak buat pendaftaran RFID?

Jadi setakat ini ada dua cara sahaja yang boleh kau daftar dan aktifkan sticker RFID kau tu. Ini antara cara-cara daftar RFID 2023 untuk aktifkan Tag kau.

 

Pendaftaran secara online di portal rasmi RFID

  • Pergi ke link rasmi untuk daftar RFID kali pertama di https://rfid.touchngo.com.my/register
  • Masukkan alamat E-Mel yang aktif
  • Akan keluar page yang ada form Register.
  • Masukkan nombor telefon bimbit.
  • Kemudian masukkan kata laluan.
  • Masukkan sekali lagi dibawah.
  • Klik kotak setuju terma dan syarat.
  • Klik Next.
  • E-mel pengesahan daftar RFID akan dihantar ke e-mel anda.
  • Buka e-mel yang dihantar oleh TNG RFID Portal.
  • Klik link yang tertulis Verify Email.
  • Muncul halaman baru yang tertulis All Done dan klik Login Now.
  • Untuk log masuk isi e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan tadi.
  •  Laman Dashboard akan dipaparkan.
  • Untuk daftar RFID tekan Active RFID TnG ID.
  • Kemudian masukkan ID sebanyak 24 digit yang terletak di belakang pakej.
  • Cara pembayaran dengan linkkan akaun Touch n Go eWallet. Kalau tiada sila daftar.
  • Klik Next
  • Dapat notifikasi pengaktifan di akaun Touch n Go eWallet.
  • Siap.

 

Langkah Seterusnya

Mesti muat turun aplikasi Touch n Go eWallet dan buka akaun. Sebab hanya itu sahaja cara nak top up RFID Tag kau.

Bila daftar RFID Tag di Touch n Go eWallet

  • Pergi ke bahagian Toll dan tekan RFID.
  • Akan keluar RFID ID yang anda telah beli.
  • Klik Active RFID Tag.
  • Satu borang maklumat Activation Form akan keluar .
  • Isi maklumat diri yang diminta dengan betul.
  • Klik Next.
  • Masukkan no. pendaftaran, jenis dan jenama kenderaan.
  • Klik Register My Vehicle.
  • Kemudian masukkan 24 digit RFID ID tag tadi.
  • Masukkan maklumat kenderaan.
  • Klik kotak setuju untuk terma dan syarat.
  • Akhir sekali klik Active Now
  • Siap.

Kalau nak daftar RFID guna Touch n Go eWallet kau kena ada aplikasinya di telefon bimbit kau dan mesti buka akaun. Kalau kau tak ada, RFID yang kau beli itu tak boleh nak di daftar.

 

Boleh tak nak linkkan sekali dengan kenderaan lain?

Boleh sahaja daftarkan kenderaan yang lain selain kenderaan kau.

Cara nak daftar RFID untuk kenderaan lain sama sahaja seperti yang pertama kali.

 

Kalau salah daftar RFID macam mana?

Kau lepas dah hantar pendaftaran dan kau semak balik ada salah cara kau daftar RFID. Tak perlu risau. Tarik nafas dulu dan contact khidmat pelanggan RFID di pelbagai saluran di link https://rfid.touchngo.com.my/support.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *