CARA DAFTAR PENAMA KWSP : MUDAHKAN URUSAN PENGELUARAN

CARA DAFTAR PENAMA KWSP : MUDAHKAN URUSAN PENGELUARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR PENAMA KWSP : MUDAHKAN URUSAN PENGELUARAN

Tahukah anda cara daftar penama bagi akaun KWSP anda? Tahukah anda bahawa anda boleh menamakan mana-mana ahli keluarga anda yang berusia 18 tahun ke atas atau Amanah Raya Berhad (ARB) untuk Penama KWSP. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan agar menamakan ahli keluarga yang terdekat sahaja bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP.

APAKAH KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan majikan dan ditambah oleh dividen tahunan setiap tahun.

APAKAH PENAMA KWSP

Sekiranya anda membuat penamaan, anda hendaklah memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Bagi penama KWSP bagi ahli yang beragama Islam adalah sebagai Wasi yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan KWSP ahli yang telah meninggal dunia kepada waris yang berhak.

FAKTA MENGENAI PENAMA KWSP 

  • Simpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun
  • Hanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatal
  • Bagi ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli

MITOS MENGENAI PENAMA KWSP

  • Simpanan akan dipindahkan ke Amanah Raya Berhad (ARB) jika tidak dituntut
  • Kematian membatalkan keseluruhan penamaan
  • Waris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARB

KEPENTINGAN DAFTAR PENAMA KWSP

Berikut adalah merupakan kepentingan penamaanKWSP perlu dibuat:

  1. Memendekkan proses pengeluaran
  2. Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah
  3. Memastikan waris mewarisi simpanan anda

NOTA: Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP.

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PENAMA KWSP

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PENAMAAN KWSP

  • Mana-mana individu
  • Amanah Raya Berhad (ARB)

Nota:

  • Sebagai Wasi/ Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-Undang Islam
  • Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB akan menjadi pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.

DOKUMEN DIPERLUKAN PENAMAAN KWSP

Berikut adalah merupakan dokumen yang perlu anda sediakan untuk membuat penamaanKWSP:

  • Borang Penamaaan (KWSP 4)
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad / Kad Pengenalan Tentera
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama*

Nota: Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baru (MuatTurun DI SINI) . Penamaan baru akan membatalkan penamaan ahli yang terdahulu.

CARA DAFTAR PENAMA KWSP

Untuk membuat penamaan KWSP, penamaaan boleh di buat oleh ahli dengan melengkapkan borang KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan bantuan ini, anda boleh rujuk di:

  • Facebook Rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
  • Hotline : 03-8922 6000
  • Laman Web Rasmi : https://www.kwsp.gov.my/

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar penama KWSP, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination

Baca Juga :

 

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *