CARA DAFTAR NAMA ANAK DI JPN (KELAHIRAN BARU/ TANPA BIN @ BINTI)

CARA DAFTAR NAMA ANAK DI JPN (KELAHIRAN BARU/ TANPA BIN @ BINTI)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR NAMA ANAK DI JPN (KELAHIRAN BARU/ TANPA BIN @ BINTI)

Untuk makluman kepada ibu bapa yang bakal menerima cahaya mata, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar nama anak di JPN, semoga membantu.

Baca Juga : Cara Daftar Mengundi Online (MySPR Daftar Pemilih)

SYARAT PERMOHONAN DAFTAR NAMA ANAK JPN

Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak itu
  2. Penjaga kanak-kanak itu
  3. Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan semasa membuat permohonan adalah:

  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  • Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  • Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  • Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  • Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

 

CARA PERMOHONAN DAFTAR NAMA ANAK JPN

Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

KADAR BAYARAN DAFTAR NAMA ANAK JPN

Tiada bayaran yang dikenakan

 

CARA DAFTAR NAMA ANAK TANPA BIN ATAU BINTI

Kepada anda yang ingin mendaftar nama anak tanpa Bin atau Binti, berikut adlaah merupakan caranya:

  • Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Ibu bapa akan diberikan draf sijil kelahiran untuk mereka isi.
  • Pihak JPN akan dapatkan pengesahan dari ibu bapa mengenai nama yang disi oleh mereka tanpa masukkan bin atau binti

 

CARA PERMOHONAN GUGURKAN BIN ATAU BINTI PADA MYKAD

Seperti kebiasaannya nama anak bagi orang islam akan menggunakan bin/binti dalam sijil. Untuk menggugurkan perkataan itu, ibu bapa kena buat permintaan dengan pendaftar. Berikut adalah merupakan caranya:

Dapatkan Surat Sumpah

  • Pergi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk buat pengisytiharan yang anda nak perkataan tu digugurkan dari nama sendiri atau nama anak.
  • Anda akan diminta untuk isi borang dan ia akan ditandatangani oleh pesuruhjaya.

Pergi Ke JPN

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN terdekat dan kata nak buat Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan.
  2. Anda akan diberikan borang KP.16. Isi borang tu dan sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan seperti surat sumpah tadi. Kena bawa sijil kelahiran, MyKad dan kalau memohon untuk anak, sila bawa MyKad ibu bapa sekali.
  3. Jelaskan kepada pegawai tersebut kenapa anda ingin gururkan bin/binti tersebut dengan penjelasan yang baik dan munasabah.

 

KENAPA PERLU GUGUR BIN ATAU BINTI

Kebiasaanya ini menjadi pilihan kepada setiap ibu bapa disebabkan kebanyakkannya mengalami kesukaran situasi dan prosedur yang perlu dilalui setiap kali berurusan dengan pihak luar dari Malaysia.

Namun sekiranya tiada apa-apa keperluan untuk membuang bin atau binti, sebaiknya dibiarkan sahaja di nama kita yang indah itu supaya lebih mudah untuk kita mengetahui jantina masing-masing.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Daftar Nama Anak di JPN, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *