CARA DAFTAR MySPP 2024 : KEMASKINI MAKLUMAT

CARA DAFTAR MySPP : KEMASKINI MAKLUMAT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR MySPP 2024 : KEMASKINI MAKLUMAT

Tahukah anda cara daftar MySPP? mySPP telah dinaiktaraf berkuatkuasa pada 15 Jun 2023. Semua pemohon (baharu/sedia ada) perlu mendaftar akaun baharu bagi memohon jawatan di bawah SPP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pengguna dan Soalan Lazim.

APA ITU MySPP

Untuk makluman, SPP ialah suruhanjaya bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu:

  • Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  • Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  • Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  • Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

Oleh itu, mana-mana individu yang berminat untuk bertugas sebagai anggota perkhidmatan pendidikan perlu membuat permohonan kepada SPP melalui sistem mySPP.

PENGUMUMAN MySPP

  • Mulai 15 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan mySPP yang dinaiktaraf.
  • Bagi pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 yang telah mendaftar sebelum atau pada 21 April 2023, tidak perlu mendaftar akaun baharu sehingga diberitahu kelak.

CARA DAFTAR MySPP

Bagi anda yang ingin membuat permohonan jawatan anggota perhidmatan pendidikan dan ingin membuat pendaftaran di MySPP ikuti cara di bawah yang kami kongsikan :

  1. Sila ke portal rasmi mySPP (https://myspp.spp.gov.my/).
  2. MyID ialah no kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi MySPP walaupun anda sudah berdaftar dengan Portal JobsMalaysia.
  3. Selepas mendaftar menggunakan MyID, pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temuduga.
  4. Setelah anda membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP. Anda boleh buat semakan di Portal Semakan Permohonan Jawatan SPP
  5. Jika terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran di mySPP anda boleh log masuk ke mySPP dan kemaskini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon
  6. Sekiranya anda tersalah memasukkan no Kad pengenalan jika telah membuat pendaftaran MyID, anda perlu salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP
  7. Jika semasa anda mendaftar akaun baharu dan terdapat mesej yang dipaparkan dengan “Harap maaf! MyID telah wujud” ini bermakna anda telah membuat pendaftaran myID dan myID boleh didaftar sekali sahaja. Jika ini berlaku, anda perlu klik pautan “LUPA KATA LALUAN” dan ikuti arahan pada skrin bagi menetapkan semula kata laluan akaun yang telah didaftarkan
  8. Pendaftaran akaun tidak boleh dibatalkan dan ia hanya boleh kemaskini

CARA KEMASKINI MAKLUMAT MySPP

Selepas pendaftaran berjaya, pengguna boleh mula mengemaskini maklumat peribadi melalui langkah-langkah berikut:

  1. Sila login semula portal mySPP dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  2. Pada paparan maklumat pemohon, masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Simpan’ setelah selesai.
  4. Seterusnya, klik bahagian ‘Maklumat Akademik’ di kiri paparan.
  5. Masukkan semua keputusan peperiksaan yang pernah diambil pemohon merangkumi:
    i) PT3/PMR/SRP/LCE
    ii) SPM/MCE/SPM(V)
    iii) Peperiksaan Tambahan
    iv) STPM/STP/HSC
    v) Pengajian Tinggi
    vi) Profesional
  6. Setlah selesai mengisi semua maklumat tersebut, klik butang ‘Simpan’.
  7. Kemudian, pada bahagian Sukan dan Persatuan, Rekacipta/Pencapaian, isikan maklumat di setiap peringkat dan klik ‘Simpan.’
  8. Kemudian, menu akan dipaparkan iaitu “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis?”
  9. Jika jawapan ialah ‘Ya,’ pada bahagian ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ klik sub-menu ‘Pengalaman Bekerja di Sektor Awam’ dan isikan maklumat diperlukan diikuti dengan klik ‘Simpan.’
  10. Pada bahagian ‘Maklumat Tambahan’, pemohon perlu mengisi pada maklumat-maklumat seperti Bakat/Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera/Polis (jika berkenaan) dan Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan).
  11. Klik butang ‘Simpan’ di setiap bahagian terbabit setelah selesai mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.

CARA MOHON JAWATAN MySPP

Setelah selesai kemaskini maklumat, pengguna boleh membuat permohonan jawatan yang ditawarkan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, diikuti dengan klik sub menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
  2. Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ diikuti dengan klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke dalam ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
  3. Sekiranya pengguna ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
  4. Pengguna perlu memilih Pusat Temuduga/Ujian Khas mengikut senarai yang diberikan.
  5. Klik butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  6. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon.’
  7. Kemudian klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  8. Kemudian, klik butang ‘Hantar.’

Pengguna dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan tetapi pengguna dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta minat bagi jawatan yang dipohon.

PANDUAN PENGGUNA MySPP ONLINE

Anda juga boleh memuat turun panduan penggunaan mySPP

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *