CARA DAFTAR MySIKAP JPJ : KATEGORI PENDAFTARAN

CARA DAFTAR MySIKAP JPJ : KATEGORI PENDAFTARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR MySIKAP JPJ : KATEGORI PENDAFTARAN

Ini cara daftar MySikap JPJ. Anda merupakan pengguna jalan raya. Sudah pasti anda tidak terlepas daripada berurusan dengan pihak JPJ. Untuk memudahkan urusan JPJ seperti memperbaharui lesen memandu, kini anda boleh melakukannya secara online melalui Portal MySikap JPJ.

Baca Juga : DAFTAR MyJPJ: SEMAKAN LESEN MEMANDU & KENDERAAN DIGITAL

MAKLUMAT MENGENAI MySikap JPJ

Untuk pengetahuan anda, MySikap merupakan sebuah portal atas talian yang rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia.

Portal tersebut bukan sekadar untuk anda renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu selagi anda merupakan pengguna jalan raya di Malaysia.

 

KATEGORI PENDAFTARAN MySikap JPJ

Sebelum perkongsian yang lanjut. Anda haruslah mengetahui 2 kategori pendaftaran. Antaranya adalah seperti berikut

  • eID Standard
  • eID Advanced.

 

CARA DAFTAR MySikap (STANDARD ID)

Untuk mendaftar pengguna Standard ID,andak tidak perlu hadir ke kaunter JPJ ataupun cawangan JPJ untuk anda membuat pengesahan cap jari.

Anda boleh selesaikan urusan pendaftaran ini secara online saja.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. anda perlu Layari laman web https://jpj.gov.my
  2. anda juga boleh terus ke laman web MySikap di https://public.jpj.gov.my/
  3. Anda perlu tekan butang Daftar / Log Masuk Kali Pertama
  4. Isikan butiran yang bertanda ( * ) sahaja
  5. Masukkan kod sekuriti yang telah dipaparkan
  6. Klik pada butang Teruskan
  7. Semak untuk pastikan makluat benar dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  8. Klik pada butang Teruskan.
  9. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan di skrin.
  10. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah anda daftarkan.

 

CARA DAFTAR MySikap (ADVANCED ID)

Jika anda ingin membuat pendaftaran pengguna Advanced ID, anda perlulah hadir ke mana-mana Cawangan JPJ berhampiran untuk pengesahan cap jari di kaunter perkhidmatan.

Panduannya adalah seperti berikut:

  1. Hadir diri ke mana-mana cawangan JPJ berhampiran ketahui di PERKHIDMATAN & LOKASI KIOSK JPJ
  2. Dapatkan Nombor Rujukan Pendaftaran ID Portal MySikap
  3. Layari portal jpj.gov.my
  4. Klik pada butang Daftar
  5. Klik pada Log Masuk Kali Pertama
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan
  7. Isi juga Nombor Rujukanyang diperolehi dari cawangan JPJ tadi (mesti didaftarkan dalam tempoh 7 hari selepas anda buat permohonan)
  8. Sahkan maklumat
  9. Klik Hantar
  10. Tunggu notifikasi Pendaftaran Berjaya
  11. Semak e-mel untuk mendapatkan kata laluan sementara.
  12. Log masuk kali pertama menggunakan kata laluan sementara yang diberikan.
  13. Tukar kata laluan sementara
  14. Log masuk semula
  15. Kini anda boleh membuat 38 perkhidmatan JPJ secara online.

 

MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Pengangkutan Jalan

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya

 

Hotline JPJ : 03 8000 8000

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *