CARA DAFTAR MySEJAHTERA : PENGGUNA BARU

CARA DAFTAR MySEJAHTERA : PENGGUNA BARU
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR MySEJAHTERA : PENGGUNA BARU

Tahukah anda cara daftar MySejahtera bagi pengguna baru? Bagi mereka yang belum pernah mendaftar sebagai pengguna boleh baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana cara untuK mendaftar akaun baru MySejahtera. Semoga membantu.

APA ITU MySEJAHTERA?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dalam bahasa ringkasnya, aplikasi ni adalah seperti “bodyguard” digital kita. Dia tolong pastikan kita selamat dan sihat.

FUNGSI MYSEJAHTERA

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

DOWNLOAD APLIKASI MYSEJAHTERA

CARA DAFTAR MySEJAHTERA

Berikut adalah Cara Daftar MySejahterata:

  • Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
  • Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
  • Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  • Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  • Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  • Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
  • Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  • Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
  • Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR AKAUN MySEJAHTERA

Untuk maklumat lanjut mengenai cara DAFTAR akaun MySejahtera, anda boleh layari website rasmi MySejahtera di pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *