CARA DAFTAR MyASNB : URUS AKAUN ASB ONLINE

CARA DAFTAR MyASNB : URUS AKAUN ASB ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR MyASNB : URUS AKAUN ASB ONLINE

Tahukah anda cara daftar MyASNB dan urus akaun asb anda secara online? Amanah Saham Bumiputera adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 dan tujuan dana ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu platform simpanan dan pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan, konsisten dan memberikan pulangan yang terbaik pada para pelabur.

Dana ASB bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit saham ASB dijual pada harga tetap iaitu RM 1.00. Selain itu, ASB tidak mengenakan sebarang caj ke atas jualan saham atau penebusan unit dan ini amat menguntungkan para pelabur.

APA ITU MyASNB

MyASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). myASNB merupakan platform online yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

SENARAI PERKHIDMATAN MyASNB

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa.
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari.
  • Pelaburan tambahan.
  • Kemaskini maklumat peribadi.

SYARAT DAFTAR MyASNB

Berikut adalah senarai syarat yang mestilah Anda penuhi sebelum mendaftar di portal myASNB.

  • Pastikan no telefon Anda dengan ASNB telah dikemaskini di ejen atau cawangan ASNB.
  • Mempunyai sambungan internet dan laptop, komputer atau handphone.
  • Pelayar internet yang menyokong pendaftaran di myASBN Internet Explorer, Google Chorme dan Mozilla Firefox.

Mengapa saya perlu mengemaskini no telefon saya? kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum Anda boleh melengkapkan transaksi.

CARA DAFTAR MyASNB ONLINE

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada sambungan internet.

  1. Layari laman https://www.myasnb.com.my
  2. Klik Daftar Disini.
  3. Baca nota yang terpapar di skrin, klik Teruskan.
  4. Beri tanda √ dan klik Setuju.
  5. Maklumat Asas, sila pilih Jenis Kad Pengenalan, masukkan No Kad Pengenalan, jenis Produk ASNB langgani, klik Teruskan.
  6. Klik permintaan TAC, untuk proses pengesahan. Kod TAC akan dikirim ke nombor telefon Anda yang didaftarkan.
  7. Masukkan kod TAC, klik Seterusnya.
  8. Kemudian masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna, alamat email dan drasa rahsia.
  9. Sila pilih 3 soalan keselamatan beserta jawapan. Klik Tamat.
  10. Tahniah, sekarang Anda berjaya daftar portal myASNB online.
  11. Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan. Klik LOG MASUK.
  12. Sila masukkan ID pengguna yang Anda daftarkan tadi, klik Teruskan.
  13. Frasa rahsia yang Anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama, seterusnya masukkan password sementara yang diberikan. Klik Teruskan.
  14. Sila menukar password sementara dengan password yang Anda mahukan. Contoh password Aku12345!
  15. Selepas kemaskini password baru, sila Anda log masuk.

MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR MyASNB

Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
  • Pemindahan dan Penukaran: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah semasa mendaftar myASNB online, sila hubungi pihak ASNB melalui:

  • Nombor telefon: 03-2050 5500
  • Email: myasnb@pnb.com.my

Baca juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *