CARA DAFTAR MAE MAYBANK : AKTIFKAN ONLINE

CARA DAFTAR MAE MAYBANK : AKTIFKAN ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR MAE MAYBANK : AKTIFKAN ONLINE

Tahukah anda cara daftar akaun MAE Maybank? Untuk pengetahuan anda semua, Maybank telah melancarkan satu sistem servis e-wallet yang diberi nama MAE yang merupakan akronim daripada “Maybank Anytime, Everywhere”. MAE dibuka juga untuk kegunaan pelanggan yang tidak menggunakan Maybank.

APA ITU MAE MAYBANK?

MAE merupakan e-wallet yang ditawarkan oleh Maybank melalui perkhidmatan perbankan onlinenya, Maybank2u. Anda boleh dapatkan MAE sebagai pelanggan sedia ada Maybank, namun anda juga boleh muat turun aplikasi tersebut tanpa perlu memiliki akaun Maybank, untuk tambah nilai baki dan akses kepada kelebihan MAE Maybank serta fungsi-fungsi yang ditawarkan.

FUNGSI MAE

antara fungsi MAE adalah :

  • Akaun MAE – Dapatkan akaun MAE walaupun anda bukan pelanggan Maybank, untuk mengakses semua fungsi MAE dan Maybank2u. Jika anda bercadang untuk memiliki akaun Maybank, anda boleh lakukannya dengan melengkapkan beberapa butiran dan tunjukkan kad pengenalan anda di Maybank cawangan.
  • Kad debit MAE – Selepas mendaftar e-wallet MAE, anda boleh dapatkan kad maya dengan segera untuk digunakan untuk belanja online dan mudah alih, serta kad debit fizikal untuk pembayaran fizikal dan pengeluaran.
  • Tabung – simpan mengikut sasaran anda secara perseorangan atau dalam kumpulan seramai 5 orang, dengan pilihan untuk galakan jumlah penabungan dengan memasukkan cashback ke tabung anda
  • Maybank Home2u – uruskan pembiayaan rumah melalui aplikasi MAE
  • Expenses – Urus dan kategorikan perbelanjaan anda secara automatik, supaya anda dapat mengawal ketirisan dan rancang kewangan dengan lebih baik
  • Sama-Sama Lokal – sokong perniagaan tempatan dengan membuat pesanan melalui Sama-Sama Lokal dan bayar menggunakan MAE
  • Scan & Pay – belanja secara bayaran mudah alih lebih mudah dengan menggunakan scan & pay yang tersedia di aplikasi MAE
  • Shopping and promotions – dapatkan akses untuk cashback, promosi dan hadiah setiap kali anda menggunakan akaun MAE

CARA DAFTAR AKAUN MAE MAYBANK

  1. Download MAE Maybank untuk Android atau iPhone
  2. Setelah selesai download, buka aplikasi tersebut
  3. Pilih Existing M2u sekiranya anda dah ada akaun Maybank; atau
  4. Pilih Apply for MAE untuk yang tiada akaun Maybank
  5. Muat naik foto kad pengenalan anda
  6. Cipta Maybank ID – nama pengguna dan kata kunci untuk MAE
  7. Masukkan referral code ZSB10041 untuk tebus RM10 anda
  8. Selesai!

CARA TOPUP AKAUN MAE

Cara paling mudah untuk top up wallet MAE anda adalah terus melalui aplikasi. Apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk dan pilih cara pilihan untuk memasukkan wang. Anda akan diminta untuk memilih akaun pautan yang anda ingin masukkan wang tersebut. Bergantung kepada situasi, anda juga mungkin boleh tambah nilai melalui Maybank ATM atau Maybank Smart Recycler Machine (SRM).

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *