CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN SEMUA NEGERI ONLINE

CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN SEMUA NEGERI ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN SEMUA NEGERI ONLINE

Tahukah anda cara daftar kursus kahwin? Bagi pasangan yang pertama kali ingin berkahwin, mereka diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi perkahwinan kedua dan seterusnya, seseorang individu itu tidak lagi perlu menghadiri kursus perkahwinan. Sijil kursus perkahwinan ini diperlukan apabila menghantar dokumen permohonan perkahwinan kepada pejabat agama Islam daerah masing-masing. Disarankan untuk menghadiri kursus perkahwinan awal dan tidak menunggu di saat akhir kerana dikhuatiri tiada kekosongan untuk anda.

Malah, sekiranya anda masih belum mempunyai calon pasangan sekalipun, anda sudah boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil kursus yang diperlukan untuk memohon pendaftaran perkahwinan kelak.

APAKAH SPPIM?

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

APAKAH KURSUS KAHWIN

Kursus nikah/kahwin merupakan kursus pra-perkahwinan, yang bertujuan:

  • Memberikan input dan ilmu berkenaan tanggungjawab suami isteri didalam rumahtangga
  • Menyediakan individu supaya ada ilmu asas berkaitan agama sebelum mendirikan sebuah perkahwinan
  • Menjadi langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko penceraian

Memberikan informasi berkenaan prosedur yang perlu dilalui oleh bakal pengantin untuk mendirikan rumahtangga

DAFTAR KURSUS KAHWIN DI SPPIM

  • Kini, JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.
  • Laman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my/sppim/home
  • Melalui laman web ini, setiap individu boleh membuat carian kursus pra-perkahwinan mengikut lokasi masing-masing. Harap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.
  • Sebagai contoh, sekiranya anda berasal dari Perlis tetapi kini bekerja di Kuala Lumpur, maka anda mesti mendaftarkan kursus perkahwinan untuk negeri Perlis sekiranya merancang untuk bernikah di Perlis.

PANDUAN DAFTAR KURSUS KAHWIN MELALUI SPPIM

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan kursus perkahwinan anda:

  1. Layari laman SPPIM di pautan https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
  2. Klik butang “Daftar Kursus”
  3. Lakukan carian mengikut kriteria berikut:
    • Negeri
    • Daerah
    • Penganjur
    • Tarikh kursus
  4. Pilih tempat dan lokasi kursus berdasarkan hasil carian yang dipaparkan
  5. Teruskan pendaftaran dengan memasukkan maklumat yang tepat mengenai diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, emel, nombor telefon dan sebagainya
  6. Klik pada kota perakuan yang mengatakan anda bersetuju dengan syarat dan terma
  7. Setelah berjaya, satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.

Pastikan anda menghadiri kesemua modul dan bahagian dalam kursus perkahwinan yang didaftarkan bagi membolehkan anda lulus dan layak mendapat sijil kursus pra-perkahwinan.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *