CARA DAFTAR KELAHIRAN : UNTUK KELAHIRAN BIASA

CARA DAFTAR KELAHIRAN : UNTUK KELAHIRAN BIASA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR KELAHIRAN : UNTUK KELAHIRAN BIASA

Tahukah anda cara daftar kelahiran? Untuk makluman anda, setiap kelahiran baharu di Malaysia hendaklah di daftar di Jabatan Pendaftaran Negara. Anda boleh mengunjungi mana-mana pejabat JPN yang terdekat. Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Semoga artikel ini dapat membantu anda…

Berikut adalah panduan dan cara untuk anda daftar kelahiran biasa yang baru :

SYARAT PERMOHONAN DAFTAR KELAHIRAN BARU :

Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak itu
  2. Penjaga kanak-kanak itu
  3. Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

CARA DAFTAR KELAHIRAN DI JPN

Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  5. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  6. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  7. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  8. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  9. Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

KADAR BAYARAN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN

Tiada bayaran dikenakan.

CONTOH BORANG DAFTAR KELAHIRAN

JPN.LM01Borang Daftar Kelahiran

Makluman :

Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,

No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,

62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288

Emel : pro@jpn.gov.my

 

Baca Juga :

MYKAD 12 TAHUN : CARA PERMOHONAN 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *