CARA DAFTAR i-SURI KWSP : FAEDAH & KELEBIHAN

CARA DAFTAR i-SURI KWSP : FAEDAH & KELEBIHAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR i-SURI KWSP : FAEDAH & KELEBIHAN

Tahukah anda cara daftar i-Suri KWSP? Kerajaan di bawah pimpinan PMX telah mengeluarkan satu lagi senarai bantuan kerajaan iaitu i-Suri yang merupakan satu inisiatif khas daripada kerajaan untuk bantuan suri rumah yang merangkumi suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

Mereka yang berdaftar akan layak untuk menerima sumbangan bantuan kerajaan sebanyak RM480 setahun kepada bayaran caruman sebanyak RM5 sebulan di dalam akaun KWSP.

APA ITU i-SURI KWSP?

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

TUJUAN i-SURI KWSP

Tujuan i-Suri ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan suri rumah yang layak:

  1. Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan.
  2. Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga.
  3. Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara.
  4. Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.

FAEDAH i-SURI KWSP

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
    • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
    • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Bantuan Kematian
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP

Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan bersama untuk pendaftaran bantuan kerajaan i-Suri KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Suri rumah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR) dimana wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum capai 60 tahun. Sekiranya lebih umur boleh cuba mohon bantuan warga emas dari kerajaan

Mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat dan kelayakan boleh membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP untuk menyertai bantuan kerajaan i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

KADAR CARUMAN MINIMUM i-SURI KWSP

Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri bagi tahun 2024.

Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

CARA SEMAK KELAYAKAN i-SURI KWSP

Suri rumah boleh menyemak nama mereka di pengkalan eKasih secara online di laman web eKasih di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan dengan memasukkan no kad pengenalan.

Sekiranya nama anda tiada dalam sistem eKasih, sistem tersebut akan keluar seperti gambar di bawah dan bertulis No. KP (87080808xxxx) tidak wujud di dalam Sistem eKasih.

Sekiranya nama tiada dalam eKasih, surirumah boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Mereka yang berkenaan juga boleh membuat pendaftaran untuk bantuan kerajaan i-Suri ini melalui telefon, surat, e-mel rasmi, membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

CARA DAFTAR i-SURI KWSP

Pendaftaran i-Suri bagi ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat senarai terkini boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
  2. Pendaftaran kendiri:
    a. Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
    b. Secara dalam talian di laman web KWSP
    c. Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
  3. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).

DOKUMEN UNTUK DAFTAR i-SURI KWSP

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

CARA BAYAR CARUMAN i-SURI KWSP

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi Mudah Alih – KWSP i-Akaun
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  5. Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  6. Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT) & Pejabat KWSP

SOALAN LAZIM CARA DAFTAR i-SURI KWSP (FAQ)

Bagaimana cara pembayaran insentif Kwsp iSuri?
  • Pihak KWSP akan memasukkan insentif ini setiap 6 bulan sekali secara berkala mengikut fasa
Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?
  • KIR adalah ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
Macam mana nak tahu suri rumah tersebut layak atau tidak mohon bantuan kerajaan i-Suri?
  • Salah satu kriteria suri rumah untuk layak menerima Bantuan Suri Rumah i-Suri ialah telah mendaftar di dalam sistem e-Kasih.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *