CARA DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT (Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)

CARA DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT (Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT (Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)

Disini kami ingin kongsikan cara daftar i-MSecure Muamalat, semoga membantuSemestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini Bank Muamalat telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan i-MSecure.

Baca Juga : Senarai Customer Service Bank di Malaysia

APAKAH i-MSECURE MUAMALAT?

i-MSecure merupakan ciri–ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Muamalat bertujuan untuk pengesahan transaksi melalui telefon pintar yang lebih selamat dan mudah. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC

 

TARIKH KUATKUASA i-MSECURE MUAMALAT

Bank Muamalat memperkenalkan i-MSecure bagi mengantikan kod TAC berkuatkuasa mulai bulan Julai

 

CARA DAFTAR i-MSECURE MUAMALAT

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda membuat pendaftaran terlebih dahulu, berikut adalah merupakan caranya.:

  1. Layari i-Muamalat online portal dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama klik pada setting, dan klik pada menu Security dan pilih i-Msecure Token Registration
  3. Skrin akan menunjukkan Status: Not Activated.
  4. Klik pada Register dan anda akan menerima SMS TAC. Masukkan no TAC tersebut pada ruangan tersedia dan klik Submit
  5. Kemudian klik kembali pada i-Msecure Token Registration paparan akan menunjukkan Status: Pre-Activated dengan Kod QR

 

CARA AKTIFKAN i-MSECURE MUAMALAT

Setelah selesai anda membuat pendaftaran, berikut adalah merupakan cara pengaktifan bagi pengguna kali pertama iaitu:

  1. Buka aplikasi mudah alih i-Muamalat (Google Play / Apple Store) di telefon anda
  2. Buka apliaksi tersebut, pastikan anda TIDAK LOG MASUK terlebih dahulu melalui kata laluan atau biometrik.
  3. Pada paparan utama tersebut klik pada ikon i-Msecure
  4. Imbas kod QR semasa pendaftaran tadi pada i-Muamalat online Portal
  5. Skrin aplikasi i-Muamalat akan memaparkan Add New Device Confirmation dengan butiran telefon pintar anda
  6. Masukkan Username dan Password anda, klik Next
  7. Anda akan menerima SMS TAC, masukkan no TAC tersebut pada ruangan tersedia dan klik Confirm
  8. Selesai, paparan i-Msecure Activated terpapar di skrin anda

NOTA: Hanya satu peranti sahaja yang boleh mendaftar i-Msecure dalam satu-satu masa

 

SOALAN LAZIM (FAQ) i-MSECURE MUAMALAT

Apakah perbezaan antara Secure Verification, Secure TAC & SMS TAC?

  • Secure Verification dan Secure TAC adalah dua kaedah kebenaran menggunakan Secure, yang boleh digunakan melalui aplikasi mudah alih i-Muamalat anda. Sementara itu, SMS TAC adalah kebenaran kaedah yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui SMS menggunakan pembawa telco anda.

Saya telah mendaftarkan telefon bimbit saya untuk i-Msecure. Bolehkah saya melakukan transaksi  tanpa sambungan internet atau sambungan perlahan?

  • Sebaiknya anda perlu mempunyai sambungan Internet yang stabil untuk menyetujui penggunaan transaksi Pengesahan Selamat.

Adakah saya perlu menggunakan i-Msecure untuk transaksi yang telah saya simpan sebagai ‘Favorites’?

  • Tidak, Secure tidak diperlukan untuk transaksi yang telah anda simpan sebagai ‘Favorites’. Anda boleh menyimpan urus niaga yang kerap anda buat dengan mudah sebagai ‘Favorite’ agar cepat dan lancar urus niaga seterusnya.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai i-Msecure, anda boleh merujuk:

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *