CARA DAFTAR eKASIH 2024 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN

CARA DAFTAR eKASIH 2024 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR eKASIH 2024 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN

Tahukah anda cara daftar eKasih 2024? Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

APAKAH eKASIH?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

​CIRI-CIRI UTAMA eKASIH

  • Semakan status kemiskinan secara online
  • Penyelarasan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

CARTA PROSES PENDAFTARAN eKASIH

ProsesPendaftaranCarta

TUJUAN SISTEM eKASIH

Melalui komponen data dalam sistem ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

SYARAT KELAYAKAN eKASIH

Terdapat dua syarat kelayakan utama yang telah ditetapkan untuk melayakkan sesebuah keluarga mendaftar dalam sistem ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Isi Rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa

Nota: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, sebagai pengukuran kepada status kemiskinan dan PGK semasa yang digunakan adalah tahun 2019

KADAR PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) SEMASA

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :

KADAR PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) SEMASA

CARA DAFTAR BANTUAN eKASIH

Individu yang ingin mendaftar ke dalam sistem ini, boleh kunjungi atau merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

MAKLUMAT PENDAFTARAN DATA eKASIH

Berikut adalah merupakan kompenan data yang perlu didaftarkan terdiri daripada maklumat-maklumat asas seperti:

  • Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Ahli Isi Rumah (AIR)
  • Maklumat Lokasi
  • Kediaman
  • Pendidikan
  • Kemahiran pekerjaan
  • Pemilikan harta
  • Kesihatan
  • Pendapatan
  • bantuan

SENARAI NOMBOR TELEFON eKASIH

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

CARA SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN eKASIH 

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Semakan boleh dibuat secara online DI SINI
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Klik pada Klik Untuk carian
  4. Keputusan status pendaftaran akan terpapar

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan. Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada pertanyaan@icu.gov.my

Baca juga :

PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *