CARA DAFTAR AKAUN SSPN-i : ONLINE 

Cara Daftar Akaun SSPN-I & SSPN-I PLUS Online
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR AKAUN SSPN-i : ONLINE 

Sebelum mengentahui Cara Daftar Akaun SSPN-I & SSPN-I PLUS Online, jom ketahui apa perbezaan antara akaun SSPN-I dan SSPN-i Plus.  Kedua duanya mempunyai manfaat yang baik untuk pendeposit.

APA ITU SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i adalah merupakan satu skim atau simpanan  khas yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun ini bermula 1 Januari 2012. Untuk makluman setiap pendeposit adalah merujuk kepada ibu/bapa/penjaga manakala penerima manfaat adalah anak mahupun jagaan. Pendeposit boleh mendepositan minimum wang simpanan seperti mana yang ditetapkan  oleh PTPTN.

APA ITU SSPN-i PLUS

SSPN-i Plus merupakan satu s pelan simpanan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi disertakan dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Antara pakej yang ditawarkan adalah:-

  • Intan: RM30 / sebulan
  • Delima: RM50 / sebulan
  • Topas: RM 100 / sebulan
  • Zamrud: RM 200 / sebulan
  • Nilam: RM300 / sebulan
  • Berlian: RM500 / bulan

SSPN Online

Segala urusan pembukaan akaun  SSPN untuk anak kini boleh didaftarkan secara online dengan mudah tanpa perlu berurusan di kaunter,

Makluman bagi yang ingin buka akaun SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter atau berurusan di pejabat. Secara ringkasnya kedua -dua pelan simpanan ini memberi manfaat yang baik bagi masa depan  Pendidikan anak-anak.

KELEBIHAN DAFTAR SSPN-i

Antara kelebihan menyimpan di SSPN adalah seperti berikut:

  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Mudah dengan adanya SSPN Online
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  • Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
  • SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.

CARA DAFTAR AKAUN SSPN-i ONLINE

Kami kongsikan cara mendaftar akaun SSPN online dengan mudah. Cara -caranya adalah:-

1.Akses Laman Web PTPTN

2.Pilih Skim / Pakej

Terdapat 2 jenis skim iaitu SSPN-I dan SSPN-I Plus yang boleh anda pilih

  • SSPN-I merupakan pelan simpanan biasa yang boleh dilakukan seperti di bank. Mempunyai had minimum dan boleh menyimpan secara berkala mengikut kemampuan sendiri.
  • SSPN-i Plus merupakan pelan simpanan dilindungi takaful yang ditetapkan berdasarkan pakej- pakej yang ditawarkan. Pendeposit hendakla melakukan simpanan memgikut jumlah yang ditetapkan setiap bulan. Biasanya pendeposit di caj debit pada akaun mereka bagi memudahkan simpanan berlaku secara tetap setiap bulan.
  • Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.
  • Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.

3.Isi Maklumat Anak / Peribadi

  • Isi maklumat lengkap mengenai peribadi anak.

4.Pilih Kaedah Potongan

  • Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan sama ada potongan dari bank atau pun anda memasukkan ke mesin CDM  secara manual.Untuk lebih mudah anda menghubungkan akaun mana-mana bank dengan SSPN online.
  • Baca penerangan syarat dan terma. Setelah fahami terma dan syarat yang ditetapkan
  • Klik ‘Setuju’.

5.Buat Bayaran

  • Berdasarkan pakej mahupun pelan yang anda pilih masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.
  • Contohnya Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan. Anda dikehendaki membuat pilihan bank setelah selesai membuat pendaftaran dan melakukan transaksi bayaran tersebut.

6.Pengesahan

  • Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.
  • Selepas daftar SSPN online ini,  anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online. Ini sangat membantu anda dalam memudahkan simpanan Pendidikan  untuk masa depan anak anda nanti. Sudah tentu pendaftaran SSPN Online tanpa perlu keluar dan beratur di kaunter lagi!
  • Selesai Mudah dan cepat  kan?

Dengan adanya akaun SSPN ini, anak-anak juga akan layak secara automatik untuk mendapat bantuan pinjaman PTPTN apabila menyambung pelajaran nanti.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang SSPN Online ini memudahkan anda Inshaa Allah.

Semoga bermanfaat

By malaylive.com

 

Baca Juga

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *