CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL : MULA TRANSAKSI

CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL : MULA TRANSAKSI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL : MULA TRANSAKSI

Tahukah anda cara daftar akaun Paypal? Jika anda seorang yang mempunyai transaksi secara online terutama melibatkan syarikat atau perkhidmatan luar negara, Paypal adalah perkhidmatan yang paling selamat dan mudah kerana ia menerima segala nilai matawang dunia dan diterima oleh semua bank di dalam atau luar negara.

APAKAH PAYPAL

Paypal adalah satu perkhidmatan yang menguruskan transaksi pembayaran atau perpindahan wang , pembelian serta simpanan secara digital melalui talian internet (online) dalam nilai USD.

Paypal akan menjadi umpama sebuah bank maya anda. Wang tersebut boleh dibiarkan di situ atau boleh di pindahkan (transfer) terus ke dalam akaun bank simpanan anda pada bila-bila masa. Selain dari itu anda juga boleh menggunakan wang di dalam Paypal tersebut untuk membayar atau membeli secara online.

KELEBIHAN AKAUN PAYPAL

Mengapakah anda perlu daftar dengan Paypal untuk segala transaksi antarabangsa anda?

  1. Keselamatan bertaraf dunia – Semua maklumat kewangan anda disulitkan dengan selamat dan dilindungi dengan pemantauan anti-penipuan 24/7
  2. Penghantaran balik percuma – Mengubah fikiran anda tentang pembelian anda? Hantar semula dan dapatkan bayaran balik sehingga AS$15 untuk penghantaran balik.
  3. Dapatkan ganjaran – Paypal bekerjasama dengan bank tempatan dan luar negara supaya anda boleh menggunakan kad pilihan anda dan terus memperoleh ganjaran.
  4. Sentiasa dilindungi – Jika berlaku masalah dengan pembelian anda, anda dilindungi oleh Perlindungan Pembeli PayPal.

KEGUNAAN AKAUN PAYPAL UNTUK PEMBELI

  • Boleh melakukan pembayaran ke luar negara dengan lebih mudah
  • Lebih cepat ketika melakukan pembayaran
  • Boleh menerima pembayaran dalam bentuk mata wang asing dari luar negeri
  • Sumber pembayaran boleh menggunakan kad debit dan kredit.

KEGUNAAN AKAUN PAYPAL UNTUK PENJUAL

  • Cara yang terbaik untuk menerima pembayaran daripada pelanggan yang menggunakan mata wang yang berlainan
  • Tidak perlu pengesahan dari bank (biasanya perlukan masa untuk disahkan) ketika proses pembayaran.

CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL MALAYSIA

Proses pendaftaran akaun Paypal tidaklah sesukar yang disangka dan anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari laman web rasmi Paypal di alamat https://www.paypal.com/my/home
  2. Pada bahagian menu, klik butang “Sign Up”
  3. Ada diberi 2 pilihan akaun untuk mendaftar – Personal Akaun (Akaun Peribadi) dan Business Account (Akaun Bisnes). Sila baca dengan teliti perbezaan antara kedua jenis akaun sebelum mendaftar
  4. Masukkan nombor telefon bimbit anda. Kod pengesahan akan dihantar ke nombor yang didaftarkan
  5. Lengkapkan pendaftaran akaun Paypal dengan melengkapkan segala butiran yang dikehendaki
  6. Tandakan pada kotak pengesahan di akhir halaman yang menandakan anda bersetuju dengan terma dan syarat
  7. Tunggu emel pengesahan dihantar ke alamat emel anda
  8. Buka emel anda dan klik pada pautan yang disertakan dalam emel tersebut untuk pengesahana
  9. Kemudian anda perlu Verify Akaun Paypal dan Verify Akaun Bank anda yang ingin dipautkan pada akaun Paypal anda

CARA PAUTKAN KAD DEBIT ATAU KREDIT DENGAN PAYPAL

Untuk menggunakan Paypal bagi tujuan pembelian, anda perlu memautkan akaun kad debit/kredit bank tempatan anda dengan akaun anda yang baru sahaja didaftarkan.

  1. Log masuk akaun Paypal anda
  2. Klik pada Settings dan masukkan maklumat peribadi beserta maklumat akaun bank anda
  3. Kemudian, masukkan butiran nombor akaun anda pada bahagian Financial Information
  4. Klik “Link a new bank akaun” dan masukkan segala butiran yang dikehendaki
  5. Klik “Continue”
  6. Lengkapkan verifikasi akaun bank anda dengan memasukkan kod yang dihantar melalui SMS, emel atau panggilan

CARA MENGGUNAKAN PAYPAL

Seperti halnya alat pembayaran digital pada umumnya, cara transaksi online menggunakan PayPal hanya memerlukan username dan password login ketika checkout. Anda tidak akan diminta untuk memasukkan nombor kad kredit atau info privasi lain.

1.DEPOSIT DUIT

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalamnya terlebih dahulu. Klik pada link yang tertera “Add Money.” Sahkan maklumat. Paypal akan meminta anda memberikan sedikit maklumat sebelum membenarkan anda deposit duit. Berikan maklumat tersebut dan klik pada butang “Submit.”

2.KELUARKAN DUIT 

Jika anda ada menerima transaksi ke dalam akaun Paypal, anda boleh mengeluarkannya dengan pergi ke laman utama, dan klik pada link yang tertera “Withdraw”. Sahkan maklumat. Setiap deposit duit, anda perlu memberikan maklumat asas, termasuklah jumlah pengeluaran.

Kemudian, kaedah pengeluaran. Paypal ada menyediakan beberapa pilihan dalam pengeluaran duitnya. Antaranya adalah:

i. Bank Transfer. Anda boleh pindahkan duit yang anda ada di dalam paypal terus ke dalam bank akaun anda. Ia mengambil masa antara 3-7 hari. Percuma sahaja.

ii. Chek. Ia mengambil masa 10 hari untuk menerimanya dan dikenakan kos. Mata wang mungkin dalam USD, pastikan anda periksa butiran kaedah pengeluaran ini terlebih dahulu sebelum mencuba.

iii. Debit Kad Paypal. Anda boleh menggunakan duit yang anda ada di dalam Paypal dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit. Anda perlu memintanya terlebih dahulu. kad tidak diberikan secara default semasa mendaftar akaun.

3.HANTAR DAN MEMINTA DUIT 

Terdapat banyak merchant yang menggunakan Paypal, dan mereka boleh menetapkan banyak cara untuk menghantar dan meminta duit. Bagi pengguna yang biasa-biasa sahaja, berikut adalah cara untuk anda menghantar atau meminta duit.

Anda boleh ke laman berkaitan dengan mencari tab yang tertera “Send money” dan “Request money.” Pilih apa yang anda mahu.

Hantar Duit. Anda boleh pilih kepada siapa yang anda ingin hantarkan. Biasanya dari akaun ke akaun Paypal juga. Masukkan alamat emel penerima dan nilai yang anda mahu hantar. Kemudian klik pada butang yang berkaitan untuk sahkan transaksi.

Meminta Duit. Anda boleh lakukan ini dengan menghantar invois ataupun memintanya dengan cara yang tidak formal. Invois akan disediakan oleh Paypal. Mungkin ada kos di sebalik transaksi ini, pastikan anda memeriksanya sebelum menggunakannya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi Paypal Malaysia dan ikuti panduan penuh di pautan berikut:

https://www.paypal.com/my/home

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *