CARA DAFTAR AGRONET AGROBANK : AKTIFKAN AGROKEY 

CARA DAFTAR AGRONET AGROBANK : AKTIFKAN AGROKEY 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR AGRONET AGROBANK : AKTIFKAN AGROKEY 

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar agronet AgroBank. Terkini AgroBank telah memperkenalkan aplikasi AgroNet bagi memudahkan pelanggannya untuk membuat transaksi. Tetapi bagi pengguna aplikasi agronet kali pertama, anda perlu membuat pengaktifan terlebih dahulu.

Baca Juga : CARA AKTIFKAN iSECURE BANK RAKYAT: Guna Aplikasi iRakyat 

APA ITU AGRONET

AGRONet atau Agrobank online merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Agrobank, perkhidmatan AGRONet membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi kewangan secara dalam talian.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan melalui portal ini antaranya:

  • Menyemak baki akaun anda
  • Membaca dan memuat turun butiran penyata
  • Melihat butir-butir pembiayaan anda
  • Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun Bank lain
  • … dan banyak lagi

MUAT TURUN APLIKASI AGRONET

Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install di tetelefon anda. Berikut adalah merupakan pautanya:

KELEBIHAN APLIKASI AGRONET

Dengan menggunakan AgroNet anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti:

  • Semak baki
  • Transfer duit
  • Top up kredit
  • Membayar pelbagai bil
  • Membuat pembayaran

CARA DAFTAR AGRONET AGROBANK (Pendaftaran Kali Pertama)

Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan aplikasi AgroNet, seharusnya anda memnbuat pendaftaran akan melalui portal Agronet. Berikut adalah cara daftar AgroNet aGROBANK kali pertama :

  1. Layari laman website Agronet
  2. Pilih menu REGISTER AN ACCOUNT
  3. Sila accept TERMS & CONDITIONS. Sekiranya Anda mahu, sila baca semua maklumat tersebut.
  4. Sila masukkan 16 digits ACCOUNT NUMBER pada ruangan account nomber
  5. Masukkan ATM Card Number (Nombor card debit/credit)
  6. Masukkan PIN ATM
  7. Masukkan KOD YANG DIPAPARKAN(Type the code show) , klik NEXT
  8. Pilih gambar Keselamatan
  9. Masukkan USERNAME dan PASSWORD
  10. Jawab 3 soalan keselamatan. Untuk melengkapkan proses log masuk, tetapan Soalan Keselamtan & Jawapan adalah wajib
  11. Masukkan nombor telefon yang aktif
  12. Pilih satu gambar keselamatan yang anda inginkan. Gambar keselamatan ini penting untuk anda mudah mengesahkan akaun anda semasa anda ingin cuba login ke akaun anda.
  13. Pendaftaran selesai. Anda boleh log masuk untuk mengakses Perbankan Internet anda.

CARA AKTIFKAN AGROKEY AGROBANK

Setelah pendaftaran akaun anda Berjaya, berikut adalah merupakan cara pengaktifan Agrokey AgroBank iaitu:

  1. Layari laman web Agronet
  2. Pada paparan utama klik pada Agrokey Activation
  3. Seterusnya masukkan Username dan Password anda, dan klik Next
  4. Paparan QR Kod Activation akan tertera
  5. Seterusnya buka aplikasi agronet di telefon anda
  6. Klik pada Login Now, dan log masuk ke akaun anda
  7. Pop up confirmation AgroKey akan tertera, klik Ok
  8. Seterusnya imbas QR Kod Activation tersebut. Sekiranya tidak dapat diimbas, anda boleh masukkan nombor kod activation tersebut secara manual dengan klik pada Manual Insert
  9. Pada paparan seterusnya masukkan 4 digit terakhir no kad pengenalan anda pada ruangan tersedia dan klik Request TAC dan masukkan no TAC tersebut. Setelah lengkap klik pada confirm
  10. SelesaiPaparan pop up Successfully Activated Agrokey akan tertera.

NOTA: Atas sebab-sebab keselamatan, AgroKey hanya boleh diaktifkan pada satu telefon mudah alih pada satu masa

CARA DEACTIVATE DEVICE AGRONET

Sekiranya telefon Mudah Alih anda hilang atau dicuri, semestinya anda nyahaktifkan AgroKey tersebut. Sila hubungi Pusat Panggilan dengan segera untuk menyahaktifkannya iaitu:

  • 1300882476 (Malaysia) atau
  • +60320790600 (Luar Negara)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan AgroKey AgroBank, sila rujuk:

  • Telefon pusat panggilan: 1-300-88-2476

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *