CARA DAFTAR AFFINSECURE : AffinAlways

CARA DAFTAR AFFINSECURE : AFFIN ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR AFFINSECURE : AFFIN ONLINE

Tahukah anda cara daftar AffinSecure? Bagi individu yang sentiasa melakukan transaksi melebihi RM10,000 anda hendaklah membuat pengesahan melalui Affinsecure. Fungsi ini adalah salah satu ciri keselamatan yang di sediakan kepada pengguna.

APA ITU AFFINSECURE

AffinSecure adalah aplikasi keselamatan digital yang direka untuk mengesahkan transaksi AffinOnline anda sebanyak RM10,000 dan ke atas (atau sebarang jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa)

CARA DAFTAR AFFINSECURE

 Untuk dapat menggunakan AffinSecure,anda mesti mendaftar terlebih dahulu online banking Affin Bank. Seterusnya ikuti langkah-langkah cara register AffinSecure di bawah:

Langkah 1: Dapatkan nombor token di online banking Affin Bank

  1. Layari pautan: https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
  2. Login akaun Affin Bank anda.
  3. Klik ikon ‘AFFINSECURE’ di bahagian atas. tekan Register.
  4. Masukkan BUTIRAN yang diperlukan:
    • PIN AffinSecure – buat PIN alfanumerik 6 digit, yang digunakan untuk membenarkan transaksi berjumlah RM10,000 dan ke atas untuk keselamatan tambahan.
    • Jenis Kad – pilih mana-mana jenis kad yang ditandai dengan RIB
    • Nombor Kad – masukkan nombor kad 16 digit
    • PIN Kad – masukkan PIN ATM Kad yang dipilih
  5. REQUEST TAC dan masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar anda. Klik ‘Submit’.
  6. Jawab Soalan yang tertera dan klik ‘Submit‘.
  7. Klik ‘OK’ untuk melihat nombor siri AffinSecure.
  8. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank, yang mengandungi Token Pendaftaran 10 angka.

Langkah 2: Daftar AffinSecure di Aplikasi

  1. Muat turun (download) App AffinSecure di
  2. Buka aplikasi AffinSecure, klik “Register Now”.
  3. Masukkan Token Pendaftaran 10 angka yang anda telah terima secara SMS sebentar tadi. Tekan butang Submit.
  4. Pendaftaran anda berjaya.

SOALAN LAZIM

 Adakah saya perlu menggunakan AffinSecure untuk semua transaksi?

  •  Tidak, pengesahan AffinSecure boleh digunakan untuk urus niaga sebanyak RM10,000 dan ke atas sahaja. Urus niaga di bawah RM10,000 masih boleh dibenarkan dengan SMS TAC konvensional.

Apa yang berlaku jika saya tidak mengesahkan transaksi saya dalam AffinSecure?

  •  Tanpa pengesahan anda, anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi sebanyak RM 10,000 dan ke atas.

Apakah jenis transaksi yang memerlukan pengesahan dengan AffinSecure?

  • Pemindahan Akaun Pihak Ketiga yang Berdaftar
  • Buka Pemindahan Akaun Pihak Ketiga
  • Pemindahan Akaun Antara Bank yang Berdaftar
  • Buka Pindahan Akaun Antara Bank
  • Pemindahan Telegraf Berdaftar
  • Pemindahan Telegraf Terbuka
  • Pembayaran Bil Terbuka

 MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *