CARA CLAIM eMADANI RM100 : TEBUS SEKARANG

CARA CLAIM eMADANI RM100 : TEBUS SEKARANG
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA CLAIM eMADANI RM100 : TEBUS SEKARANG

Tahukah anda cara claim eMadani? Kerajaan komited dalam menunaikan janji untuk memberikan bantuan wang tambahan secara eTunai melalui aplikasi terpilih. Bantuan e-Wallet MADANI akan dikreditkan sebanyak RM100 kepada penerima yang layak. Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, terutama dari golongan B40 dan M40.

Bagaimanakah cara claim e wallet madani rm100 2023? Ikuti info selanjutnya di sini.

APA ITU eMADANI

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

SIAPA YANG LAYAK CLAIM eMADANI RM100?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

TARIKH CLAIM eMADANI RM100

  • Bermula 04 Disember 2023 sehingga 29 Februari 2024

TEMPOH PERBELANJAAN eMADANI

  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

SYARAT KELAYAKAN CLAIM eMADANI RM100

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk claim eWallet MADANI RM100, seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
  • Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Dalam kategori B40 dan M40.
  • Bukan penerima eBeliaRahmah.

KAEDAH BAYARAN eMADANI RM100

Berikut merupakan kaedah pembayaran yang akan disalurkan seperti berikut :

  • Akan dikreditkan ke dalam aplikasi yang terpilih

SENARAI APLIKASI TERPILIH UNTUK CLAIM eMADANI

Berikut merupakan senarai aplikasi terpilih untuk Claim e-Wallet RM100 seperti di bawah :

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch’n Go eWallet

CLAIM EMADANI RM100

Ikuti cara Claim bantuan e-Wallet MADANI RM100 seperti di bawah berikut :

  1. Pilih salah satu (1) aplikasi yang tersenarai di atas; contoh
  2. Aplikasi [TNG e-Wallet]
  3. Buka aplikasi tersebut dan buat pendaftaran akaun sekiranya anda belum mendaftar.
  4. Kemudian, klik pada ikon [Ready to claim your eMADANI credit] pada halaman utama [HOME].
  5. Klik pada butang [Claim Now].
  6. Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
  7. Pilih ID Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan].
  8. Muat naik gambar hadapan kad pengenalan anda.
  9. Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) anda.
  10. Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
  11. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
  12. Kemudian klik [Submit].
  13. Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved!”.
  14. Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
  15. selesai

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *