CARA CHECK UNIFI COVERAGE : SEMAK ONLINE

CARA CHECK UNIFI COVERAGE : SEMAK ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA CHECK UNIFI COVERAGE : SEMAK ONLINE

Tahukah anda cara check unifi coverage? Anda mungkin kurang yakin atau tidak tahu sama ada kawasan yang anda berada pada masa sekarang masih dalam liputan Unifi atau tidak. Ini mungkin menjadi satu masalah sekiranya anda perlu berurusan menggunakan telefon anda, dan tiada liputan di kawasan tersebut.

Kalau anda ingin tahu, Unifi menyediakan cara mudah untuk anda memeriksa sama ada kawasan yang anda sedang berada masih mempunyai liputan Unifi atau tidak.

APA ITU MyUNIFI

Aplikasi MyUnifi dibangunkan oleh pihak TM bagi memudahkan pengguna menguruskan pelbagai perkara berkaitan Unifi dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja. Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna boleh melihat penggunaa, membuat pembayaran, selain menerima notifikasi berkaitan akaun. Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi sama untuk mengikuti pelbagai promosi semasa dan juga turut boleh digunakan untuk mengakses khidmat pelanggan dan mendapatkan sokongan dengan pantas daripada pihak TM.

CHECK UNIFI COVERAGE ONLINE

Macam mana nak tahu, kawasan rumah kita ada liputan Unifi atau tidak? Mudah sahaja, boleh semak coverage Unifi secara online. Izinkan kami kongsi cara check coverage Unifi seperti di bawah.

CARA CHECK UNIFI COVERAGE DI WEBSITE UNIFI

Anda juga boleh memeriksa kawasan anda tersebut menerima liputan 3G atau 4G, atau kedua-duanya sekali. Ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah anda.

  1. Layari laman web https://unifi.com.my/personal. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Unifi.
  2. Kemudian, pada laman tersebut, scroll mouse anda ke pilihan untuk Mobile.
  3. Sub-menu tambahan akan tertera. Tekan pada butang Postpaid.
  4. Pada laman seterusnya, di bawah menu tab untuk Postpaid, terdapat menu Klik pada butang Coverage yang berada di bawah butang Support.
  5. Untuk pautan yang lebih pantas, boleh sahaja klik https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage
  6. Pada laman seterunya, scroll ke bawah dan anda akan lihat sebuah ruangan untuk diisikan. Anda boleh masukkan alamat anda yang ingin anda semak liputan Unifi, sama ada alamat tempat semasa anda sedang berada, atau alamat rumah anda untuk memeriksa liputan Unifi di rumah anda. Kemudian, tekan butang kecil di sebelah kanan ruangan tersebut.
  7. Sekiranya anda cuba memasukkan alamat penuh anda dan peta tidak dapat menunjukkan jawapan, cuba untuk masukkan nama taman dan negeri anda, atau nama mukim serta negeri.
  8. Selepas peta dapat ditunjukkan, anda boleh melihat kawasan di sekitar tempat anda yang mempunyai liputan 3G dan juga 4G.
  9. Pada kotak di bahagian kiri, untick salah satu daripada 4G Coverage atau 3G Coverage sekiranya anda mahu melihat kawasan mana yang meliputi salah satu daripada 4G atau 3G. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 3G, untick pada 4G Coverage. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 4G, untick pada 3G Coverage.
  10. Apabila anda untick kedua-duanya, anda akan melihat peta keseluruhan akan bertukar menjadi putih. Anda mampu mengesan kawasan yang diliputi oleh 4G dan 3G dengan tick salah satunya atau kedua-duanya sekaligus.
  11. Apabila ada tick pada 3G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 3G akan bertukar warna menjadi kuning. Manakala apabila anda tick pada 4G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 4G akan bertukar menjadi biru. Terdapat juga kawasan di Malaysia yang diliputi oleh kedua-dua 3G dan juga 4G.

CARA CHECK UNIFI COVERAGE GUNA APLIKASI OPEN SIGNAL

Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui coverage Unifi serta ingin membandingkan dengan coverage telco yang lain, anda boleh check dan bandingkan menggunakan aplikasi Open Signal.

  1. Muat turun aplikasi Open signal menggunakan pautan ini bagi iOS atau Android
  2. Setelah muat turun, tekan pada butang berlogo Location.
  3. Butang ini terletak pada bahagian bawah dan berkedudukan di tengah.
  4. Di halaman locaion ini anda perlu memasukkan lokasi yang ingin anda semak dan juga memilih operator telekomunikasi yang anda inginkan.
  5. Masukkan alamat atau poskod di kotak Search location.
  6. Kemudian, pilih syarikat yang anda ingin semak di kotak Operator.
  7. Sekiranya imej maps diwarnakan dengan hijau, kawasan itu mempunyai coverage yang kuat.
  8. Mankala sekiranya berwarna merah, kawasan itu mempunyai coverge yang lemah.
  9. Klik pada butang Compare performance di bahagian bawah maps untuk membandingkan coverage dari operator yang lain.
  10. Operator selain Unifi yang tersenarai untuk membuat perbandingan adalah Celcom, Digi, Maxis dan Umobile.

CARA CHECK UNIFI COVERAGE MELALUI EMEL

Bagi pelanggan yang berminat untuk berhubung melalui emel agar boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan, anda boleh ikuti langkah ini untuk semak coverage unifi di kawasan yang anda inginkan.

*Nota: Sila ambil perhatian. Apa yang kami kongsikan di bawah ialah ejen, bukan dari TM.

  1. Pergi ke laman web https://www.unifi-tm.my/liputan-unifi/
  2. Untuk menyemak, anda perlu mengisikan beberapa butiran peribadi.
  3. Scroll ke bawah dan anda akan melihat kotak pengisian maklumat.
  4. Isikan nama, alamat emel, no telefon dan alamat yang anda ingin semak coverage Unifi.
  5. Pastikan alamat emel dan juga no telefon adalah akftif agar pihak Unifi dapat menghubungi anda.
  6. Klik pada butang Semak Liputan.
  7. Nantikan emel maklumbalas daripada pihak mereka.

 

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *