Cara Check Scammer Online

Cara Check No Telefon & no akaun Scammer (Online)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Check Scammer Online

Ada kalanya, kita terima panggilan dari entah siapa-siapa yang kita tidak kenal. Entahkan betul, entahkan tidak. Jika rasa ragu-ragu, izinkan kami kongsi cara check scammer secara online menggunakan Semak Mule PDRM yang boleh dilakukan melalui nombor telefon dan nombor akaun bank.

Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).

CCID portal ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:

  • No Akaun Bank
  • Nombor telefon

Baca Juga : Cara Check No Telefon Scammer (Online)

Cara check no akaun bank scammer

Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam pangkalan data PDRM:

  • Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  • Pilih bahasa yang ditawarkan
  • Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  • Untuk semak No Akaun Bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  • Pastikan pilih Kategori Akaun Bank
  • Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  • Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  • Klik Semak Maklumat
  • Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  • Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
  • Tiada Report Diperolehi

Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

 

Cara Check No Telefon Scammer

Ikut langkah dan cara semak no telefon scammer seperti di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam database PDRM:

  • Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  • Pilih bahasa yang ditawarkan
  • Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  • Untuk semak Nombor Telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  • Pastikan pilih Kategori Nombor Telefon
  • Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  • Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  • Klik Semak Maklumat
  • Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  • Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
  • Tiada Report Diperolehi

Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

 

Guna Truecaller app

Menggunakan Truecaller sangat mudah. Cuma install, download dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada.

Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan, status pemanggil itu akan tertera.

Kekurangan Truecaller, ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, bukannya nombor akaun bank.

 

Guna Whoscall app

Lebih kurang sama dengan Truecaller, menggunakan Whoscall juga sangat mudah. Kebelakangan ini, kita boleh dengar iklan Whoscall di corong-corong radio tempatan.

Pemasangan Whoscall juga sangat mudah. Cuma download, install dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada. Mudah-mudahan, dapat mengelakkan kita dari penipuan online.

Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan kepada anda, status pemanggil itu akan tertera.

Sama juga seperti Truecaller, kekurangan Whoscall ialah ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, tidak nombor akaun bank.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *