CARA CHECK SAMAN : POLIS/ JPJ/ AES 

Cara Check Saman Online (Polis, JPJ & AES)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA CHECK SAMAN : TRAFIK/ JPJ/ AES

Dengan kecanggihan dunia masa kini, semunya boleh diselesaikan di hujung jari sahaja. Ini termasuk untuk semak saman yang telah dikenakan kpd anda. Berikut adalah cara check saman online samada Polis/JPJ/AES.

 

CHECK SAMAN MELALUI PORTAL RASMI PDRM

  • Sistem Semakan Online memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian.
  • Anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  • Bagi yang sudah mendaftar – Login https://sso.rmp.gov.my/
  • Jika belum mendaftar, daftar terlebih dahulu sebagai pengguna.

Sebarang masalah berkaitan semakan saman polis boleh disalurkan melalui ruang ‘Maklum balas’ pada laman web tersebut.

CHECK SAMAN TRAFIK DI MyBAYAR SAMAN

Perkhidmatan digital terkini MyBayar Saman baru dilancarkan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
  4. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  5. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%.

CARA CHECK SAMAN MELAUI LAMAN WEB RASMI JPJ

Semakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui laman web rasmi JPJ di pautan berikut:

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
  2. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
  3. Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
  4. Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-8000 8000.

CHECK SAMAN GUNA MYeG

Cara semak saman dengan MyEG adalah antara cara yang paling mudah dan pantas kerana anda juga boleh membuat bayaran terus sekiranya terdapat saman yang perlu dijelaskan.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah seperti langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web rasmi MyEG Services Berhad di pautan berikut : http://www.myeg.com.my)
  2. Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda.
  3. Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
  4. Tekan butang ‘Daftar Sekarang’.
  5. Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butiran diri seperti yang di minta.
  6. Setelah selesai, klik ‘Hantar’ dan Log in menggunakan username dan password anda.
  7. Pilih tab untuk semak saman trafik polis (PDRM)
  8. Masukkan IC/Nombor Syarikat/Nombor plat kereta anda kemudian klik ‘Hantar’.
  9. Senarai saman akan dipaparkan jika kenderaan anda direkodkan melakukan kesalahan.
  10. Jika ingin membuat bayaran saman, anda boleh memilih sama ada membayar menggunakan kad kredit/debit atau online banking.
  11. Jika memilih online banking, akan disenaraikan beberapa bank terpilih dan anda boleh terus membuat pembayaran.
  12. Untuk rekod dan salinan, segala transaksi boleh dilihat di dalam profail akaun MyEG masing-masing.
  13. Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-7664 8000.

CHECK SAMAN GUNA SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdapat 3 cara semak saman melalui SMS iaitu:

  • Cara 1
    • Taip: POLIS SAMAN <Nombor pendaftaran/Plat kenderaan> hantarkan ke 32728.
    • Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728
  • Cara Ke-2
    • Taip POLIS SAMAN <No Plat kenderaan> dan hantar ke 15888
    • Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke 15888
  • Cara Ke-3
    • Taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> hantar kepada 32728
    • Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *