Cara Check No Telefon Scammer (Online)

Cara Check No Telefon Scammer (Online)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Check No Telefon Scammer (Online)

Sekiranya anda pernah terima nombor telefon yang diragui, jangan angkat. Untuk meredakan kebimbangan itu, anda boleh ikuti cara semak no telefon scammer menggunakan SemakMULE PDRM melalui CCID portal seperti di bawah.

Baca juga : APAKAH SEBENARNYA OPR DAN KESANNYA KEPADA PEMINJAM

Semak No Telefon Scammer Melalui CCID Portal

  • Selain boleh semak daftar pemilik nombor telefon yang tak dikenali, anda juga boleh ikuti langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam database PDRM:
  • Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  • Pilih bahasa yang ditawarkan
  • Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  • Untuk semak Nombor Telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  • Pastikan pilih Kategori Nombor Telefon
  • Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  • Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  • Klik Semak Maklumat
  • Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  • Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
  • Tiada Report Diperolehi

Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

 

Check Nombor Telefon Scammer Guna App Dari CCID PDRM

Ikut langkah di bawah untuk menggunakan Semak Mule PDRM bagi membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun bank yang ada dalam pangkalan data PDRM.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android sahaja. Tidak ada dalam App Store untuk pengguna iOS.

  • Cari aplikasi “Semak Mule PDRM” di Google Play Store
  • Untuk memudahkan anda, boleh terus download dan install aplikasi Check Scammers CCID di Google Play Store di sini
  • Selepas siap install, buka aplikasi Check Scammers CCID
  • Anda akan dapat lihat antaramuka SemakMULE CCID
  • Pilih kategori yang dikehendaki:
  • Akaun Bank Penipu
  • Nombor Telefon Penipu
  • Masukkan nombor sahaja
  • Pastikan nombor tersebut dirapatkan dan tidak perlu ada tanda sempang atau dash (-)
  • Tekan butang Semak
  • Hasil maklumat semakan akan dipaparkan
  • Contoh maklumat adalah seperti berikut:
    • 1623 2253 5244
    • Ada 4 repot polis
    • Carian dibuat: 32 kali

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *