CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE : MULA MELABUR SAHAM

CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE : MULA MELABUR SAHAM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE : MULA MELABUR SAHAM

Tahukah anda cara buka akaun CDS? Sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan melalui Bursa Malaysia, anda boleh melakukannya dengan mendaftarkan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) melalui mana-mana bank pelaburan dan syarikat broker yang telah mendaftar dengan Bursa Malaysia.

APAKAH AKAUN CDS

CDS (Central Depository System) atau Sistem Depositori Pusat merupakan akaun yang diuruskan oleh Bursa Malaysia. Fungsi akaun ini adalah untuk menyimpan dan mengemaskini urusan jual beli saham anda di Bursa Malaysia. Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN MEMBUKA AKAUN CDS

Sebelum anda mahu membuka akaun CDS, terdapat beberapa syarat yang anda harus penuhi:

  • Individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa memohon
  • Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965
  • Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia
  • Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi
  • Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

CARA BUKA AKAUN CDS

Secara umumnya, terdapat dua cara untuk membuka akaun CDS:

  1. Melalui Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA)
  2. Secara online

Untuk buka akaun CDS melalui Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA), anda perlu berjumpa sendiri dengan mereka dengan melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan perlu menghantar sekali bersama 2 salinan salinan kad pengenalan.

CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE

Pihak Bursa Malaysia telah membenarkan pembukaan akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere mereka yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

  1. Play Store – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Untuk membuka akaun CDS secara online, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Muat turun aplikasi Bursa Anywhere melalui salah satu pautan di atas
  2. Log masuk akaun Bursa Anywhere. Bagi pengguna baru, klik pada pautan Register
  3. Klik Account Opening pada bahagian Menu
  4. Klik butang Agree pada Terms & Conditions
  5. Klik Yes jika maklumat pada kad pengenalan berbeza dengan alamat semasa
  6. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Next pada setiap halaman sehingga semua maklumat telah dimasukkan
  7. Muat naik gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan penyata bank
  8. Anda boleh memilih broker pilihan daripada senarai broker

Setelah selesai permohonan, permohonan anda akan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari selepas menghantar permohonan.

SENARAI EJEN ATAU SYARIKAT UNTUK BUKA AKAUN CDS

Berikut adalah senarai Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA)

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
  2. AmInvestment Bank Berhad
  3. Hong Leong Investment Bank
  4. Public Investment Bank Berhad
  5. RHB Investment Bank Berhad
  6. AmInvestment Bank Berhad
  7. Maybank Investment Bank Berhad
  8. BIMB Securities Sdn Bhd
  9. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd
  10. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
  11. KAF Equities Sdn Bhd
  12. Malacca Securities Sdn Bhd
  13. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
  14. Kenanga Investment Bank Berhad
  15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd

Baca Juga :

CARA BUKA AKAUN CDS RHB : RHB Investment Bank

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *