CARA BUAT TEMUJANJI PUSPAKOM : BOOKING ONLINE

CARA BUAT TEMUJANJI PUSPAKOM : BOOKING ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA BUAT TEMUJANJI PUSPAKOM : BOOKING ONLINE

Tahukah anda cara buat temujanji PUSPAKOM? Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan perdagangan menjalani Pemeriksaan Berkala di PUSPAKOM setiap 6 bulan. Pemeriksaan ini dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sekali gus dapat menyelamatkan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

APAKAH PUSPAKOM

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian.

TUJUAN TEMUJANJI PUSPAKOM

Pihak Puspakom menguatkuasakan sistem temujanji online bertujuan seperti berikut:

  • Pemeriksaan kenderaan persendirian atau syarikat akan menjadi lebih mudah dan pantas.
  • Membantu menguruskan masa anda dengan lebih baik.
  • Pengaturan jadual pemeriksaan kenderaan yang lebih sistematik.
  • Boleh berurusan secara cashless atau tanpa tunai.
  • Keutamaan kepada pelanggan yang membuat temujanji online.

SENARAI PEMERIKSAAN BAHAGIAN KENDERAAN DI PUSPAKOM

Di PUSPAKOM, pemeriksa kenderaan terlatih akan memeriksa bahagian kenderaan anda seperti berikut:

  • Identiti – Pengesahan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin;
  • Bahagian Atas Kenderaan – Pemeriksaan keadaan di bahagian atas badan kenderaan;
  • Cermin Gelap – Penilaian kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan;
  • Pelepasan Asap – Penilaian tahap pelepasan asap atau gas yang dikeluarkan daripada enjin kenderaan untuk memastikan ia tidak melebihi tahap yang dibenarkan;
  • Gelincir Sisi – Pengujian penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi;
  • Lampu Puncak – Penilaian keadaan pancaran cahaya kenderaan;
  • Suspensi – Pengujian prestasi sistem suspensi kenderaan;
  • Brek – Pemeriksaan prestasi brek termasuk kecekapan dan ketidakseimbangan brek;
  • Meter Laju – Pemeriksaan ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda;
  • Bahagian Bawah Kenderaan – Pemeriksaan keadaan bawah kenderaan.

CARA BUAT TEMUJANJI PUSPAKOM ONLINE

NOTA: sebelum anda membuat temujanji online, pastikan anda ketahui:

  • Puspakom tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pembatalan dan pembayaran balik temujanji pemeriksaan.
  • Pelanggan hanya boleh menukar tarikh temujanji sebelum 3 hari daripada tarikh pemeriksaan dan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Sekiranya anda ingin membuat urusan dengan Puspakom, berikut adalah cara buat temujanji puspakom online:

  1. Layari pautan temujanji Puspakom online: mypuspakom.com.my
  2. Klik pada Register
  3. Pada Account type, buat pilihan anda sama ada Company/Individual
  4. Sekiranya tick pada Individual, isikan butiran pada ruangan yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • Kata Lalua
    • Pengesahan Kata Laluan
  5. Tekan register
  6. Seterusnya Login kembali akaun anda dengan menggunakan email dan kata lalaun
  7. Akan tertera satu NOTIS, sila baca NOTIS terlebih dahulu.
  8. Seterusnya pilih pada Temujanji Cawangan.
  9. Masukkan Butiran Kenderaan seperti yang diminta.
  10. Sila Pilih Jenis Pemeriksaan da tick pada kotak Khas.
  11. Buat pilihan Tujuan Pemeriksaan anda.
  12. Sila pilih Negeri dan Tarikh yang availabe. Tick pada kotak Cawangan dan Tarikh yang disediakan.
  13. Sila Pilih Slot Masa yang availabe, tekan teruskan.
  14. Isikan Maklumat Pembawa . (Anda boleh memilih Wakil atau Pemilik Kenderaan).
  15. Pengesahan Butiran Temujanji akan dipaparkan. Sila sahkan semua maklumat tepat dan pastikan semua Dokumen yang diperlukan ketika pemeriksaan. Klik pada butang Ya, Teruskan.
  16. Ringkasan Jumlah Pembayaran akan dipaparkan. Tekan butang Teruskan Pembayaran. Anda akan dibawa ke bahagian Bayaran.
  17. Pastikan anda mengesahkan Jumlah Bayaran dan Membuat Pembayaran secara online melalui pilihan method yang disediakan.Tekan butang Teruskan Pembayaran.
  18. Slip Pengesahan Temujanji anda akan dipamerkan. Anda akan diberikan QR Kod. (Sila bawa QR Kod ini pada hari pemeriksaan)
  19. Sila Muat Turun/Cetak/Screenshot Slip Pengesahan Temujanji anda untuk tujuan rujukan ketika pemeriksaan dibuat.
  20. Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah ketika hendak cara buat temu janji Puspakom online atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh:

  • Hubungi Pusat Bantuan Khidmat Pelanggan:03-51017000.
  • Email: support@mypuspakom.zendesk.com

 

Baca Juga :

PEMERIKSAAN KENDERAAN PUSPAKOM PERCUMA (Sempena Aidilfitri 2023)

CARA TUKAR PENAMA KERETA : SENARAI DOKUMEN

HARGA SAMAN TRAFIK JPJ 2023 : JENIS KESALAHAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *