Cara Buat Microworm Untuk Ikan Laga

Cara Buat Microworm
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Buat Microworm Untuk Ikan Laga

 

Microworm

Microworm adalah ulat yg bersaiz seni(kecil yang teramat) dan sesuai untuk anak ikan yang baru menetas dan memang cukup sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing/ulat. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan microworm sebagai makanan ikan mereka. Microworm makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie memang dijamin selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.Berikut adalah Cara Buat Microworm.

 

Baca Juga : KEBAIKAN DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA (CARA PENGGUNAAN)

Bahan

  • Microworm Starter
  • Bekas kecil *bebas bekas apa2 pon, asalkan berpenutup*
  • Oatmeal *Roti pon boleh*
  • Serbuk Yis *sebagai mknan utk microworm*
  • Sedikit air
  • Sedikit kapas atau yang seakan dengannya

 

Cara hasilkan microworm *utk saiz cawan plastik

  • Campurkan 1 setengah sudu besar Oatmeal dengan dua sudu besar air ke dalam bekas dan gaul *Jgn terlalu cair ataupun terlalu keras…sedang2…
  • Taburkan 1/5 sudu kecil yis dan campur dengan 1/5 sudu kecil Microworm Starter
  • Gaulkan campuran tersebut
  • Tutup bekas tersebut supaya microworm tidak terkeluar. Tebuk sikit pada penutup tu *supaya campuran tuu sentiasa lembab
  • Pada lubang yang ditebuk dimasukkan kapas supaya tidak dimasuki pendatang asing tanpa izin a.k.a lalat @ semut
  • Lumur sedikit minyak pda sekeliling bks kalau microworm anda sedang diancam tentera semut
  • Letak pada suhu bilik *ltk dlm peti sejuk klu nk mati
  • Biarkan selama 4-5 hari. Selepas tempoh nie akan kelihatan microworm merayap disekeliling bekas.
  • Anda akan syok sendiri, sbb microworm anda dh berbilion-bilion ekor…

 

Cara memberi microworm pada ‘fry’ anda

  • Boleh ambil dengan jari ataupun batang kecil ditepi bekas dimana microworm merayap dan dicelup ke dalam bekas ikan
  • Jangan terlalu banyak, microworm terperap lama tanpa dimakan akan mati dan mengotorkan air
  • Ambil sikit, klu korang perhati betul2..sikit tu dh beratus-ratus ekor..

 

Perhatian

  • Cara buat microworm lagi. Anda perlu ulangi dari awal hingga akhir
  • Letakkan pada suhu bilik *pada suhu nie akan terhasil microworm. Microworm akan merayap keluar untuk melarikan diri dari haba nie.. >> tuu sbb pnuh pda sekeliling bkas
  • Suhu yang sejuk akan memperlambatkan proses penghasilan microworm
  • Microworm yang siap boleh diberi pada anak ikan *microworm nie bentuk putih kecil
  • Microworm boleh disimpan selama 3-4 minggu *simpan pada suhu bilik
  • Lubang yang dibiar akan dimasuk lalat buah *microworm admin stakat nie kegemaran semut, pnyelesaian lumur miyk skeliling bkas..beress
  • Jika nampak mencair kasi oatmeal @ roti
  • Jika sudah mula kering @ gelap, mula buat yang baru

 

Kebaikan microworm

  • sesuai untuk semua jenis anak ikan kerana saiznya yang kecil
  • membantu pembesaran ikan
  • makanan hidup yang sesuai untuk anak ikan laga selepas jentik-jentik
  • mudah dihasilkan dan selamat untuk ikan

 

Fakta mengenai microworm

  • Asal microworm adalah dari dalam tanah *kategori nematod
  • Terdapat lebih 3000 nematod didunia , dn microworm stakat nie mnonjol sbgai mkanan fry
  • Hidup ditempat yang lembab
  • Mampu membiak 40 keturunan sehari !! *300 mcroworm baru stiap hari, tuu baru seekor betina..klu 1000 ekor betina..fuhhh bleh melabur nie..huh
  • Boleh bertahan selama 7-8 jam didalam air *ade smpai sehari, puyoo
  • Juga digunakan pada tumbuhan*ade lar baik die*
  • Protin yang tinggi

 

Kenapa microworm ?

  • Saiznya yang kecil memang sesuai untuk anak ikan
  • Tinggi protin membantu membesar
  • Hidup lagi !!! mesti freshh
  • Banyak digunakan oleh penternak-penternak ikan kini
  • Microworm die mnari-nari skit bile msuh air, fry nmpk ngap truss
  • Jimat, boleh guna bila-bila..
  • Boleh biak utk bekalan seumur hdup, mudah dan jimat

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *