CARA BUAT ADUAN SKMM : Barang Pos Lambat Sampai

Cara Buat Aduan SKMM Barang Pos Lambat Sampai
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA BUAT ADUAN SKMM : Barang Pos Lambat Sampai

Barang Pos Lambat Sampai (Cara Buat Aduan SKMM).Sepertimana yang kita semua maklum terdapat sesetengah syarikat penghantara yang suka  ‘delay’ atau ‘peram’ barang-barang hingga berminggu-minggu, kadang-kadang bila dah lama sangat, barang tiba-tiba diisytihar hilang dan pihak syarikat tidak mahu untuk bertanggungjawab.

Meskipun kita sudah membayar wang penghantaran dimana sepatutnya mereka menghantar barang tersebut hingga ke rumah, namun ada sebahagian syarikat kurier pula yang minta kita membuat tuntutan di pejabat mereka.

Sekiranya ini terjadi, mengapakah kita perlu membayar kos penghantaran kalau akhir sekali kita sendiri yang perlu pergi ambil

Walaupun keadaan ini sering kali terjadi, namun masih ramai dari kalangan orang awam yang tidak tahu yang anda sebenarnya boleh membuat laporan terhadap servis penghantaran syarikat kurier kepada SKMM.

Akibat dari kekurangan laporan dari orang ramai, ini menyebabkan pihak syarikat kurier masih memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan. Ini kerana tiada apa-apa Tindakan dapat di ambil oleh SKMM.

Peka terhadap permasalahan ini, disini kami kongsikan cara untuk membuat aduan jika anda berhadapan dengan masalah barang pos lambat sampai.

APAKAH SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission , MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Pada masa ia diwujudkan, peranan utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Dalam menjalankan akta ini, peranan Suruhanjaya  ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia .

FUNGSI SKMM

Fungsi-fungsi utama Suruhanjaya termasuk yang berikut:

  • Memberi nasihat kepada Menteri untuk semua perkara berkaitan objektif polisi negara khusus untuk aktiviti komunikasi dan multimedia ;
  • Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia;
  • Mengawal selia semua perkara  berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak termaktub di dalam undang-undang komunikasi dan multimedia;
  • Mempertimbang dan mempercadangkan reformasi kepada undang-undang  komunikasi dan multimedia;
  • Untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menggalakkan dan mempromosi kawal selia di dalam industri komunikasi dan multimedia;
  • Untuk mengalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri  komunikasi dan multimedia;
  • Memberi bantuan dalam sebarang bentuk  dan menggalakkan kerjasama dan penyelarasan  di kalangan orang -orang yang melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi dan multimedia;
  • Untuk menjalankan setiap fungsi seperti yang tertulis dalam undang-undang yang boleh ditentukan oleh Menteri seperti yang diterbitkan di dalam risalah berkala;
  • Untuk penambahan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga mengawal selia industri Pos dan badan yang bertauliah seperti termaktub di dalam Akta Pensijilan Digital (1997).

Tugas-tugas tambahan termasuk:

  • Kawal selia ekonomi
    Termasuk promosi pertandingan dan larangan kelakuan anti persaingan , serta pembangunan dan penguatkuasaan  kod akses dan piawaian. Ia juga termasuk pelesenan, penguatkuasaan syarat lesen untuk penyedia rangkaian dan permohonan dan memastikan pematuhan untuk peraturan-peraturan dan prestasi /kualiti perkhidmatan.
  • Kawal selia teknikal
    Termasuk tugasan kecekapan frekuensi spektrum, pembangunan dan penguatkuasaan kod-kod teknikal dan piawaian , pentadbiran penomboran dan elektronik.
  • Perlindungan pengguna
    Menekankan hak-hak pengguna ketika pada masa yang sama untuk memastikan perlindungan yang mencukupi seperti resolusi pertikaian, berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan mereka dan kesediaan perkhidmatan.
  • Kawal selia sosial
    Termasuk kepada pembangunan kandungan serta kawal selia kandungan, termasuk larangan kandungan serta pendidikan awam  pada isu-isu kandungan yang berkait.
  • Kawal selia pos
    Melantik Agensi bertauliah  dalam menjalankan Akta Pensijilan Digital (1997).

CARA BUAT ADUAN SKMM 

Berikut adalah langkah – langkah dan cara untuk buat laporan terhadap masalah pos lambat sampai @ kena ‘peram’ lama di pusat pengumpulan barang.

  1. Layari laman web https://aduan.skmm.gov.my/
  2. Klik Aduan Baru
  3. Isikan Butiran seperti di bawah:
    • Jenis Aduan : Complaint
    • Jenis Perkhidmatan : Postal / Courier Services
    • Kategori : Postal & Courier Services
    • Sub Categori :
    • Late Delivery (Jika Barang Lambat Sampai)
    • Lost Letters/parcel (Jika Barang Hilang)
    • Poor Service Delivery (Jika Tak Ketuk Tak Jalan)
    • Postman Attitude Conduct (Jika posmen tu banyak songeh)
    • Pembekal Perhidmatan : Korang pilih jer mana satu postage company yang bermasalah untuk hantar barang anda.
  1. Isikan maklumat pengadu hingga lengkap
  2. Isikan Maklumat aduan, tulis jer segala perkara yang anda tak puas hati kat situ.
  3. Masukkan Lokasi Anda di bahagian lokasi masalah.
  4. Sila upload segala bukti yang anda ada untuk kukuhkan lagi aduan anda. Bukti-bukti anda tu boleh jadi screenshot tracking barang anda, atau audio perbualan anda dengan posmen atau customer service mereka.
  5. Masukkan Capcha code yang terpapar kat situ
  6. Tick pada bahagian pengesahan
  7. Klik butang hantar/submit.

 

Baca Juga

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *