CARA BELI TIKET BAS TBS ONLINE 

CARA BELI TIKET BAS TBS ONLINE 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA BELI TIKET BAS TBS ONLINE

Tahukah anda cara beli tiket bas TBS online? Tahukah anda kini TBS ada mnyediakan aplikasi bagi memudahkan lagi urusan pelanggan untuk membeli tiket bas secara atas talian. Dengan wujudnya kemudahan ini, anda tidak lagi bersusah payah untuk pergi ke kaunter jualan tiket, kerana semuanya sudah boleh dilakukan dengan henfon sahaja.

APAKAH APLIKASI TBS-BTS

  • Aplikasi TBS-BTS adalah satu aplikasi belian tiket secara online untuk terminal bersepadu Tasik Selatan.
  • Pembelian tiket secara online ini akan didatangkan dengan kod QR yang anda boleh scan untuk memasuki platform bas anda.

KAEDAH BELIAN TIKET BAS SECARA ONLINE

Melalui kemudahan TBS Online ini, penumpang bas boleh membeli tiket melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Laman web eTicketing
  2. Aplikasi mudah alih TBS-BTS

CARA BELI TIKET BAS ONLINE GUNA eTICKETING

Untuk membeli tiket melalui laman eTicketing, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web eTicketing_TBS di alamat https://eticketing.tbsbts.com.my/
  2. Klik “Sign Up” di bawah borang log masuk
    • Pengguna pertama dikehendaki mendaftarkan akaun bagi memudahkan anda melihat dan menyimpan segala transaksi pembelian tiket
    • Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk
  3. Pilih tarikh perjalanan
  4. Pilih lokasi perlepasan
  5. Pilih destinasi
  6. Pilih bilangan penumpang
  7. Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik)
  8. Pilih tempat duduk
  9. Lakukan bayaran secara dalam talian

CARA BELI TIKET BAS GUNA APLIKAS TBS-BTS

Anda boleh memuat turun aplikasi TBS-BTS secara percuma melalui pautan di bawah:

Kemudian, ikuti langkah-langah berikut:

  1. Daftarkan akaun anda (bagi pengguna pertama)
  2. Pilih tarikh perjalanan
  3. Pilih lokasi perlepasan
  4. Pilih destinasi
  5. Pilih bilangan penumpang
  6. Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik)
  7. Pilih tempat duduk
  8. Lakukan bayaran secara dalam talian

SENARAI FUNGSI APLIKASI TBS-BTS

Berikut adalah antara senarai fungsi yang ada pada aplikas TBS-BTS :

  • Semak status bas anda
  • Sejarah pembelian
  • Pas perlepasan kod QR

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sila Hubungi Perkhidmatan talian TBS +603-90512000

 

Baca Juga :

DAFTAR MyBAS KONSESI : TAMBANG BAS PERCUMA

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *