Cara Beli RFID Tag (Lokasi & Pemasangan)

Cara Beli RFID Tag (Lokasi & Pemasangan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Beli RFID Tag (Lokasi & Pemasangan)

Bagi pengguna baru pasti tertanya-tanya cara beli RFID tag ini kan.

Tak payah risau. Di sini kami kongsikan mana cara nak beli dan dapatkan RFID ini.

Baca juga : Cara Batalkan RFID Kereta Lama (Terminate & Cancel RFID)

Apakah RFID?

RFID ada lah satu teknologi Identifikasi Frekuensi Radio produk dibawah Touch n GO yang disediakan dalam bentuk tag/sticker dan  mempunyai cip radio frekuensi yang akan ditampal di cermin depan kereta ataupun lampu depan kereta.

 

Berapa harga RFID?

RFID berharga RM35 sahaja. Buat masa sekarang hanya untuk kenderaan ringan persendirian Kelas 1 sahaja.

 

Dimana Lokasi Untuk Pembelian RFID?

Anda boleh beli dan dapatkan RFID ini di tempat-tempat yang terpilih seperti yang dibawah :

Tempat pemasangan RFID yang terpilih di link rasmi RFID ini

 

Macam mana nak beli RFID di portal rasmi?

Jika anda sudah menjadi pengguna berdaftar RFID Touch n Go :

  • Pergi ke link rasmi di pautan ini: https://rfid.touchngo.com.my/main
  • Pergi ke menu bahagian atas TNG RFID Tag
  • Klik Buy TNG RFID Tag dan tekan Buy Now
  • Isi maklumat peribadi dan alamat rumah untuk penghantaran RFID
  • Masukkan E-Mail
  • Masukkan Password
  • Tekan Login di portal akaun TNG RFID
  • Teruskan untuk pembayaran
  • Selesai

 

Jika anda pengguna baru untuk beli RFID Touch n Go:

  • Pergi ke link rasmi ini – https://rfid.touchngo.com.my/main
  • Pergi ke Buy TNG RFID Tag dan tekan “Buy Now”
  • Daftar untuk buka portal akaun RFID
  • Isi maklumat peribadi dan alamat rumah untuk penghantaran RFID
  • Teruskan untuk pembayaran
  • Selesai

 

Cara Pembayaran Di Portal Rasmi

Anda boleh beli dan dapatkan RFID dengan kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan oleh Malaysia sahaja. Tidak boleh gunakan kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan oleh negara selain Malaysia.

Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit atau kad debit OCBC Bank Singapura, anda tidak boleh buat pembayaran.

 

Lepas beli RFID berapa lama nak dapat?

Touch n Go RFID tag yang anda pesan akan dihantar selepas 4 hari waktu bekerja.

 

Boleh ke nak cancel pembelian RFID?

Tidak, anda tidak boleh reverse balik pembelian selepas pembayaran telah dilakukan. Jadi kalau tak nak rugi atau menyesal semak dahulu maklumat yang anda isi sebelum buat pembayaran.

Tapi, jika tukar kereta baru, anda boleh cancel RFID yang tertampal di kereta lama.

 

Cara nak ganti RFID yang baru beli tapi rosak?

Jika dua kes ini terjadi anda apa yang anda boleh lakukan :

  • Anda sudah dapat pakej RFID tag yang anda beli tapi tak guna lagi dah koyak atau rosak.
  • Ketika RFID tag sampai dirumah anda, anda akan diminta untuk menandatangan barang itu yang telah diterima.
  • Check dahulu keadaan RFID tag yang dibeli itu sebelum tulis tandatangan.
  • Kalau masa check tu ada koyak atau rosak jangan turunkan tandatangan diterima tapi tanda dibahagian yang ditulis “Rosak” atau “Damaged”.
  • Jadi RFID tag yang anda beli itu akan digantikan semuka secara percuma oleh RFID dalam beberapa hari

Anda dah dapat RFID dan dah pakai tapi rosak.

  • Untuk  penggunaan pertama anda ini boleh dapat gantian dengan percuma dari RFID yang hanya dipasang selepas tarikh 15 Februari 2020.
  • Jika tidak anda kena beli RFID berharga RM35.

 

Macam mana nak gantikan RFID yang baru?

  • Log in ke portal rasmi Touch N Go RFID.
  • Pergi ke bahagian My TNG RFID dan tekan My Vehicle
  • Pergi ke “Actions” dan pilih “Request replacement tag”
  • Isi maklumat anda seperti yang diminta dengan betul
  • Tekan “Submit”
  • Siap

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *