CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK:DAFTAR SEMULA(MAYBANK/CIMB/BSN/PUBLIC BANK/RHB/BANK ISLAM)

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK:DAFTAR SEMULA(MAYBANK/CIMB/BSN/PUBLIC BANK/RHB/BANK ISLAM)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK:DAFTAR SEMULA(MAYBANK/CIMB/BSN/PUBLIC BANK/RHB/BANK ISLAM)

Di sini kami akan kongsi cara aktifkan semula akaun Bank Anda. Akaun bank ialah akaun kewangan yang dikendalikan oleh bank untuk pelanggan. Akaun bank boleh menjadi akaun deposit, akaun kad kredit, akaun semasa, atau apa-apa jenis akaun lain yang ditawarkan oleh institusi kewangan, dan mewakili dana yang pelanggan telah diamanahkan kepada institusi kewangan dan dari mana pelanggan boleh membuat pengeluaran.

Adakah akaun anda telah lama tidak aktif sebab tidak login atau guna? Macam mana cara aktifkan semula akaun Bank yang sudah lama tidak digunakan dan kad ATM disekat/hilang, apa perlu saya buat untuk mendapatkan semula akaun Bank saya?

Baca Juga : KAD BANK HILANG : CARA BUAT KAD BARU DAN KADAR BAYARAN 

1.CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK MAYBANK

 Cara untuk aktifkan  semula akaun Maybank adalah seperti berikut: 

  1. Anda perlu menelefon pihak perkhidmatan pelanggan Maybank di talian:
    • 1-300 88 6688 (Malaysia)
    • +603-7844 3696 (luar negara).
  2. Seterusnya, anda perlu nyatakan masalah anda secara terperinci.
  3. Pihak perkhidmatan pelanggan akan meminta beberapa maklumat bagi mengesahkan bahawa anda adalah pemegang akaun yang sah. Maklumat yang diperlukan untuk aktifkan semula akaun Maybank adalah seperti berikut:
    • Nama penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor telefon
    • Alamat semasa membuka akaun
    • Nombor akaun
    • Nombor kad ATM Maybank (16 digit)
  4. Seterusnya, pihak bank akan menyuruh anda untuk log masuk di Maybank2u untuk memastikan akaun anda telah aktif.
  5. Selesai

 

2.CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN CIMB BANK

 Untuk mengaktifkan semula akaun CIMB Bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan CIMB Bank yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun bank CIMB.
  4. Jika baki akaun anda kurang daripada RM10, anda dinasihatkan untuk membuat deposit RM10 terlebih dahulu di kaunter atau mesin CDM.
  5. Pegawai bank CIMB akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  6. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda dalam tempoh 24 jam selepas transaksi dibuat. Selepas tu, barulah akaun cimb bank anda aktif seperti biasa
  7. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

3.CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK BSN

Untuk mengaktifkan semula akaun BSN, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan BSN yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun bank BSN.
  4. Pegawai bank BSN akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Tunggu beberapa 5 – 10 minit, pegawai bank akan aktifkan akaun BSN Anda.
  6. Sekarang akaun bank BSN Anda boleh digunakan semula.

 

4.CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN PUBLIC BANK

Untuk mengaktifkan semula akaun Public Bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan Public Bank yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun Public Bank.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda.
  6. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

5.CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN  RHB BANK

Untuk mengaktifkan semula akaun RHB Bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan RHB Bank yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semulaakaun RHB Bank.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda.
  6. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

6.CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN  BANK ISLAM

 Untuk mengaktifkan semula akaun Bank Islam, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan Bank Islam yang berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semulaakaun Bank Islam.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan akaun bank anda.
  6. Segala transaski sudah boleh dibuat selepas tu.

 

SOALAN LAZIM

Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Dorman?

Akaun Dorman (adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif) adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau

faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.

Bagaimana untuk mengelakkan akaun saya daripada menjadi Dorman?

Cara yang paling mudah untuk memastikan bahawa terdapat beberapa transaksi yang dibuat dalam akaun anda, iaitu membuat transaksi pengeluaran atau deposit wang di kaunter, walaupun dalam jumlah yang kecil.

Apakah yang akan berlaku jika akaun saya masih dorman untuk tempoh 7 tahun?

Apabila akaun anda masih dorman untuk tempoh 7 tahun, akaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), bakinya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *