CAP IBU JARI ROSAK : Cara Dapatkan Surat Pengesahan JPN

CAP IBU JARI ROSAK : Cara Dapatkan Surat Pengesahan JPN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CAP IBU JARI ROSAK : Cara Dapatkan Surat Pengesahan JPN

Kepada anda yang mempunyai masalah cap ibu jari rosak, semestinya ia akan menyukarkan anda untuk membuat pengesahan (thumbprint) ketika berurusan. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh dapatkan surat pengesahan cap jari ini di Jabatan Pendaftaran Negara.

Baca Juga : Semak Status Perjalanan Imigresen Sebelum Ke Luar Negara (SSPI 2023)

PUNCA CAP IBU JARI ROSAK

Berikut adalah merupakan antara beberapa punca yang menyebabkan ibu jari anda rosak iaitu:

  • Mempunyai sakit kulit
  • Mempunyai kulit sensitif deperti selalu berpeluh atau kering.

URUSAN YANG PERLUKAN CAP IBU JARI

Berikut adalah merupakan urusan yang memerlukan pengesahan cap ibu jari iaitu:

  • Berkaitan urusan bank seperti buka akaun bank
  • Memperbaharui lesen memandu
  • Tukar Nama Kenderaan
  • Urusan berkaitan Imigresen

KADAR HARGA PENGESAHAN IBU JARI JPN

Kadar bayaran bagi mendapatkan surat pengesahan ibu jari ini adalah sebanyak RM5.

CARA DAPATKAN PENGESAHAN IBU JARI ROSAK DI JPN

Kepada anda yang ingin mendapatkan pengesahan ibu jari rosak, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon cetakan kandungan cip kad pengenalan yang tercatat masalah cap jari.
  2. Pastikan anda membawa kad pengenalan anda
  3. Ambil no giliran dan tunggu sehingga no anda di panggil
  4. Setelah no anda dipanggil, maklum dekat pegawai tersebut bahawa anda ingin membuat pengesahan ibu jari
  5. Pegawai tersebut akan membuat pengesahan terhadap anda dengan menanyakan beberapa soalan untuk membuktikan diri anda sebenarnya.
  6. Setelah pengesahan selesai, pegawai tersebut akan mencetak (print) maklumat dalam cip kad pengenalan anda dalam kertas.
  7. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk urusan ini

CARA GUNA SURAT PENGESAHAN IBU JARI JPN

Setelah anda dapatkan surat pengesahan ibu jari ini, anda boleh gunakan untuk selesaikan urusan anda.berikut adalah caranya:

  1. Hadir ke kaunter yang ingin berurusan
  2. Pegawai tersebut akan meminta kad pengenalan anda untuk dimasukkan dalam mesin tersebut
  3. Kemudian pegawai tersebut akan meminta anda untuk cap ibu jari (thumbprint), anda boleh berikan surat pengesahan ibu jari yang dari JPN tersebut
  4. Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai surat pengesahan ibu jari rosak ini, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *