CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

Tahukah anda apakah cabaran menjadi ejen hartanah? Jika anda tengah pertimbang untuk ceburi kerjaya ejen hartanah, eloklah baca artikel ni.

Berikut adalah cabaran-cabaran bagi anda sebagai ejen hartanah :

REJECTION

Bukan semuanya indah. Dalam kerjaya ejen hartanah ni anda kena kuat. Akan ada banyak rejection daripada klien dan juga pemilik. Rejection ni pula boleh jadi dalam macam-macam cara:

  • Klien view rumah tak jadi beli
  • Klien window shopping
  • Klien sailang ejen
  • Klien book rumah, tapi pinjaman tak lulus
  • Klien book rumah, tapi pemilik naikkan harga
  • Klien book rumah, pemilik tak jadi jual

Bila terjadi rejection macam ni pasti akan ganggu momentum untuk perunding hartanah baru. Tapi anda kena positif. Mesti kata ‘Next!’ dan teruskan usaha.

NAIK TURUN

Macam apa jua bisnes, kerjaya ejen hartanah ni ada naik turunnya. Ada bulan, jualan anda adalah sangat baik, mungkin jual 6 unit dan Ada bulan yang biasa, jual 3 unit sahaja juga mungkin Ada bulan tiada jualan langsung.

Bila baru bermula lagi la. Tiada jualan tu merupakan satu bebanan yang besar. Saya pun pernah lalu situasi yang sama.

Yang penting dalam kerjaya ni anda kena perisaikan diri anda dari kata-kata monolog negatif terhadap diri sendiri. Mesti teruskan berusaha walaupun tiada jualan. Banyakkan bersabar.

Kalau berusaha pasti akan buat jualan.

KESUKARAN MENDAPATKAN SENARAI RUMAH UNTUK DI JUAL

Ni keluhan yang saya selalu terima daripada ejen hartanah baru. Jujurnya, senarai rumah (listing) ni senang je nak dapat. Tak susah. Tapi nak dapat listing yang berkualiti, yang boleh jual tu sedikit sukar untuk ejen hartanah baru.

Ada cara sebenarnya nak dapatkan listing berkualiti ni. Tapi saya tak kongsi di sini sebab dah masuk topik yang agak advance.

PENGETAHUAN DAN PENGELAMAN

Bila mula menjadi ejen hartanah, anda kena cepat-cepat lengkapkan diri dengan ilmu. Kalau tak, proses adaptasi ke dalam bidang ni akan jadi sukar. Nak jual rumah pertama anda akan jadi susah.

Anda mesti tahu ins & out jual beli rumah. Dari segi prosedur dan perangkap yang ada.

Selain tu, anda kena juga mahir dalam ilmu pemasaran. Macam mana dan di mana nak pasarkan rumah. Apa medium yang efektif untuk jenis rumah.

Ada juga ilmu yang anda belajar dari pengalaman. Contohnya tentang lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.

Pengetahuan ni sukar nak dapat daripada pembacaan. Tapi bila anda fokus dalam bidang ni, ilmu ni anda akan pick-up dengan cepat.

Baca Juga :

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *