Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Antara simpanan selamat yang ada di malaysia adalah Tabung Haji.Tahukah anda Cara Buka Akaun Tabung Haji Online? Berikut adalah caranya.

Baca Juga : Cara Semak No Akaun Tabung Haji Guna IC (Jika Terlupa / Tak Ingat)

Syarat Pembukaan Akaun Tabung Haji?

1.Pertama sekali, anda mestilah beragama Islam.

2.Anda mestilah Warganegara Malaysia.

3.Berumur 18 tahun ke atas dan berakal.

 

Bolehkah buka akaun Tabung Haji untuk anak?

Boleh, tak ada masalah. Cuma akaun kanak-kanak perlu akaun ibu / bapa atau penjaga yang sah.

 

Cara buka Tabung Haji online di thijari.com.my

Sekiraya semua kelayakan di atas dipenuhi, sila ikut langkah-langkah ringkas untuk buka Tabung Haji online seperti di bawah:

  • Layari laman web rasmi THiJARI di sini: https://www.thijari.com.my
  • Anda akan dapat lihat paparan Selamat Datang ke THiJARI
  • Lihat ayat Tiada Akaun TH? dan klik pautan BUKA SEKARANG
  • Isikan maklumat seperti dipinta
  • Nama Penuh
  • Tarikh Lahir
  • No Surat beranak
  • No MyKad
  • No Kad Pengenalan Lama
  • No Kad Pengenalan Tentera
  • No Kad Pengenalan Polis
  • Agama
  • Warganegara
  • Masukkan karekter CAPTCHA seperti yang tertera
  • Tekan butang Berikutnya
  • Lengkapkan Bahagian A iaitu MAKLUMAT PERIBADI
  • Lengkapkan Bahagian B iaitu MAKLUMAT PEKERJAAN
  • Lengkapkan Bahagian C iaitu MAKLUMAT PERNIAGAAN (jika berkenaan)
  • Jangan bimbang, tiada Bahagian D dan Bahagian E
  • Teruskan dengan Bahagian F iaitu HEBAHAN BAHAN-BAHAN PROMOSI DAN PEMASARAN
  • Teruskan lagi dengan Bahagian H iaitu PENGISYTIHARAN FATCA DAN CRS (jika berkenaan)
  • Tekan butang Berikutnya
  • Semak semua maklumat yang terpapar
  • Tekan butang Sah
  • Selesai

 

Selepas selesai pembukaan akaun, boleh terus guna THiJARI?

Selepas selesai buka akaun TH, anda tidak boleh terus guna.

Anda dikehendaki untuk hadir ke cawangan Tabung Haji pilihan anda atau mana-mana cawangan lain untuk mengaktifkan akaun Tabung Haji anda.

Maklumkan sekali bahawa anda ingin mengaktifkan THiJARI kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas. Mereka akan membantu anda untuk proses berikutnya.

Anda juga hanya diberi masa selama 30 hari sahaja untuk proses pengaktifan. Sekiranya anda terlupa dan lebih daripada 30 hari, anda perlu buat sekali lagi.

 

Dokumen untuk proses pengaktifan Tabung Haji di cawangan?

Anda dikehendaki membawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad Pengenalan atau MyKad ke cawangan Tabung Haji untuk tujuan pengesahan.

Anda juga dikehendaki membawa wang permulaan minima RM2.00 untuk pembukaan akaun ini.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *