BUAT QR CODE ONLINE : KETAHUI FUNGSI QR

BUAT QR CODE ONLINE : KETAHUI FUNGSI QR
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BUAT QR CODE ONLINE : KETAHUI FUNGSI QR

tahukah anda cara buat QR CODE Online? Pernahkah anda menggunakan QR Code? Apa itu QR Code? Kenapa ramai orang kini menggunakan QR Code? Apa beza antara QR Code dengan barcode biasa yang sering kita lihat di mana-mana seperti yang yang ada pada produk yang dijual di kedai atau pasar raya? Mari kita lihat.

PRINTABLE TEMPLATE QR CODE DETAILS | LETAKKAN QR KOD & NAMA KEDAI (PDF)

APA ITU QR CODE?

QR Code, yang diringkaskan daripada Quick Response Code, merupakan sejenis barcode dua dimensi yang dicipta pada tahun 1994 untuk industry automotif di Jepun. Perbezaan antara barcode biasa dengan QR code adalah fungsinya. Barcode biasa ialah label optik yang boleh dibaca oleh mesin yang direka untuk membacanya. Barcode mengandungi maklumat tentang produk atau benda yang berada bersamanya.

JENIS-JENIS CODE QR

  1. QR STATIK
    • Kod QR statik tidak boleh ditukar selepas anda menciptanya. Ia menyimpan maklumat yang tidak boleh disunting. Selalunya, kod sedemikian digunakan apabila maklumat tidak perlu dikemas kini atau apabila kod ini digunakan sekali
  2. QR DINAMIK
    • kod QR dinamik boleh diedit selepas anda menjananya. Bagaimanakah ia berfungsi? Pautan pendek digunakan untuk menjana kod dinamik, yang mempercepatkan muat turun dan merangkak.

    • Dan pautan ini mengubah hala pengguna ke URL tapak yang diperlukan. URL tapak yang diperlukan ini boleh diedit manakala pautan pendek di dalam kod kekal sama. Kod QR dinamik lebih mudah untuk diimbas daripada kod QR statik. Selain itu, anda boleh menjejaki bilangan orang yang mengimbas kod ini.

PERBEZAAN CODE QR STATIK DAN DINAMIK 

Jika anda menggunakan kod jenis ini atau itu dengan betul, anda akan merasai faedah setiap kod tersebut. Oleh itu, sukar untuk mengatakan bahawa kod QR dinamik adalah lebih baik daripada kod QR statik, atau sebaliknya.

  • Kod statik tidak boleh diedit sebaik sahaja ia dibuat, dan kod dinamik boleh diedit walaupun anda telah menemuinya dalam bahan bercetak.
  • Kod statik tidak boleh dijejaki, tetapi kod dinamik boleh dijejaki.
  • Kod statik mengambil masa lebih lama untuk diimbas daripada kod dinamik.

FUNGSI QR CODE

QR code kini boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara seperti:

  • Alamat laman web/URL.
  • Kandungan teks (250 aksara).
  • Nombor telefon (dan boleh terus menelefon).
  • Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara).
  • Kad Jemputan Kahwin Digital.
  • Laman Sosial seperti Facebook dan Instagram.
  • Lokasi Pejabat.
  • Menu Restoran.
  • Aplikasi Pembayaran seperti TouchNGo eWallet, Grabpay dan Boost.

KELEBIHAN QR CODE

  • Penawaran Kupon & Diskaun
  • Menghubungkan ke laman media sosial.
  • Muat turun maklumat untuk dihubungi
  • Memaparkan maklum balas pengguna
  • Memberi ganjaran kepada pembeliReward loyalty program members
  • Memaparkan borang peraduan
  • Membuat pembayaran atas talian
  • Memaparkan informasi produk
  • Memaparkan tujuan & objektif perniagaan
  • Mengimbas e-tiket
  • Kad Perniagaan
  • Risalah & pamplet produk
  • Menu Restoran

Pelanggan akan rasa mudah untuk mendapatkan maklumat sesebuah perniagaan hanya melalui satu simbol mudah, yang mengakseskan diri pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

CARA BUAT QR CODE ONLINE UNTUK PELBAGAI TUJUAN

BUAT QR CODE ONLINE GUNA GOOGLE FORM

Kaedah ini sesuai untuk merekod kehadiran, mengisi borang seperti borang kaji selidik dan membuat latihan kuiz atau soalan berbentuk aneka pilihan jawapan.

  1. Cipta emel, akaun Google atau gunakan akaun Google peribadi
  2. Pada paparan utama Google setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih Google Drive
  4. Kemudian di bahagian kiri klik pada butang New, pilih Google Form
  5. Cipta borang yang diinginkan sama ada borang kehadiran atau borang kaji selidik menggunakan contoh yang diberikan
  6. Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
  7. Selain itu, nota atau salinan digital dokumen juga boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
  8. Ikuti langkah di bawah untuk jana QR CODE

BUAT DAN JANA QR CODE ONLINE

Dengan mempunyai link url kepada Google Form atau Google Drive yang ingin dijana sebagai QR Code, sila cari aplikasi jana QR Code yang mudah dan selamat untuk digunakan.

  1. Masukkan link url yang ingin dijana menjadi QR Code
  2. Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
  3. Cetak QR Code yang telah dicipta dan paparkan kepada pengguna yang diinginkan

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana QR kod adalah seperti di bawah. Tekan buatng muat turun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi scan QR Code atau untuk mendapatkan cara penggunaan QR Code:

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *