BILA MULA BAYAR PTPTN SELEPAS TAMAT BELAJAR

BILA MULA BAYAR PTPTN SELEPAS TAMAT BELAJAR
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BILA MULA BAYAR PTPTN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Tahukah anda bila tarikh mula bayar ptptn selepas anda menamatkan Pengajian anda? Bagi peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian, semestinya anda dikehendaki untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Tetapi bilakan tempoh mula bayar balik pinjaman PTPTN? Disini kami akan kongsikan kepada anda tempoh bila mula bayar balik Pinjaman PTPTN yang telah ditetapkan, semoga membantu.

APA ITU PTPTN?

PTPTN , atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PTPTN?

Secara amnya, anda mestilah pelajar Diploma atau Sarjana Muda untuk melayakkan diri untuk permohonan pinjaman PTPTN.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mesti berumur di bawah 45 tahun.
  • Anda mesti ditawarkan tempat di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh KPM/MQA.
  • Kursus anda hendaklah mendapat kelulusan KPM / mempunyai Sijil Akreditasi yang sah daripada MQA (untuk universiti swasta).
  • Anda mesti tiada penaja lain.
  • Anda mesti mempunyai akaun SSPN-i.
  • Selain itu, pinjaman PTPTN meliputi kursus profesional seperti ACCA dan ICAEW, serta pengajian Pascasiswazah yang ditawarkan oleh institusi awam sahaja.
  • Semak cara membuka akaun SSPN-i dan memohon PTPTN secara dalam talian .

FUNGSI PTPTN

  • PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan.
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

KADAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

TEMPOH MULA BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Berikut adalah merupakan tempoh bayaran balik yang perlu dilaksanakan oleh peminjam iaitu:

  • Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat tempoh pengeluaran pinjaman TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.
  • Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
  • Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
  • Tempoh bayaran balik bagi peminjam adalah berdasarkan baki pinjaman.

PENGECUALIAN PEMINJAM PTPTN TAMAT PENGAJIAN DENGAN IJAZAH KELAS PERTAMA

  • Bagi pelajar yang tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya, anda adalah LAYAK mendapat PENGECUALIAN bayaran balik pinjaman PTPTN. Namun, anda mestilah buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman dalam tempoh 60 hari dari tempoh tamat belajar.
  • Bagi yang nak buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh buat terus ke pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

CARA CHECK BAKI PINJAMAN PTPTN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan baki pinjaman pendidikan iaitu:

  1. Layari Portal Rasmi PTPTN.
  2. Klik pada menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online
  3. Paparan akan menunjukkan jumlah baki pinjaman semasa

CARA BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN

Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembayaran balik PTPTN iaitu:

  • Bayaran Balik Melalui Kaunter
  • Bayaran Balik Secara Dalam Talian
    • Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
    • Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
    • Melalui MypayPTPTN (malaysia.gov.my)
  • Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
  • Bayaran Balik Melalui Debit Terus
  • Bayaran Balik Melalui KWSP

SOALAN LAZIM (FAQ) BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN

Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

  • Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
  • Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bilakah tarikh bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?

  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?

  • Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.

Baca Juga :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *