BIASISWA MARA : CARA PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN

BIASISWA MARA : CARA PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BIASISWA MARA : CARA PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon biasiswa MARA? Ingin melanjutkan pengajian tetapi menghadapi masalah kewangan? Kenapa tidak cuba memohon biasiswa dari pihak Majlis Amanah Rakyat atau singkatannya MARA. Sebenarnya MARA sentiasa membuka peluang tajaan atau biasiswa khas untuk pelajar yang layak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta PHD di mana-mana 10 buah universiti terbaik dalam negara dan 30 buah universiti terbaik di dunia mengikut bidang.

SENARAI PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MARA 

Tahun ini Mara ada menawarkan 2 program pembiayaan pengajian untuk pelajar Malaysia (Bumiputera).

Semak dua (2) tawaran pembiayaan pendidikan di bawah.

1.PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN TERTIARI (TESP) 

Dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di dalam bidang dan institusi dalam negara yang telah ditetapkan oleh MARA.

Syarat Umum

    • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera.
    • Ibu dan bapa/Penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
    • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
    • Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia
    • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
    • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
    • Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini (bagi yang berkaitan).

Syarat Akademik

Tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa

2.PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (IPMa) 

Dikhususkan kepada pelajar cemerlang lepasan Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah pertama di institusi di dalam dan luar.

Pelajar dipilih berasaskan pencapaian cemerlang di dalam akademik dan penglibatan aktif dalam kokurikulum semasa di IPMa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.

Syarat Permohonan

    • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera.
    • Ibu dan bapa/Penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
    • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
    • Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia
    • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
    • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
    • Tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa

Syarat Lain

    • Keutamaan bagi Kumpulan B40
    • Memperolehi CGPA ≥3.90
    • Keutamaan pemilihan tempat pengajian adalah di 10 Universiti Terbaik Mengikut Negara dan 30 Universiti Terbaik Dunia Mengikut Bidang (Top 10 University by Country and Top 30 University by Subject)

Layari portal biasiswa Mara untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua tawaran pembiayaan pendidikan di atas.

Sebenarnya ada banyak peluang biasiswa di luar sana, anda kena rajin mencari maklumat.

SYARAT KELAYAKAN AM BIASISWA MARA

Syarat-syarat kelayakan am untuk memohon biasiswa ini ditetapkan oleh pihak mereka dari masa ke semasa.

Di sini kami ingin kongsikan sedikit informasi syarat umum yang perlu dipenuhi oleh para pemohon.

Berikut merupakan senarai keperluan am untuk memohon biasiswa ini.

  • Merupakan bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak boleh melebihi RM 10,000 sebulan atau RM 120, 000 setahun.
  • Tempoh program pengajian mesti lebih daripada 1 tahun.
  • Pinjaman ini tidak disediakan untuk pemohon yang menerima pinjaman Yayasan.
  • Pemohon dikehendaki melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di universiti.
  • Mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
  • Doktor yang bertauliah dikehendaki mengiktiraf dan memperakukan pemohon, sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit seperti HIV, AIDS, HEPATITIS dan sebagainya

Jika anda memenuhi syarat kelayakan am yang tersenarai di atas, anda boleh teruskan membaca info di bawah untuk maklumat lanjut.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK BIASISWA MARA PERINGKAT DIPLOMA 

Untuk pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, berikut merupakan syarat atau keperluan akademik yang perlu anda ada.

Jika anda memenuhi syarat-syarat tersebut anda digalakkan memohon.

  • Memperoleh minimum 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan/ Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Mata pelajaran Teknikal (Kejuruteraan dan program terknologi Maklumat & Komunikasi sahaja); 2 matapelajaran lain dan lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah.

KELAYAKAN AKADEMIK BIASISWA MARA PERINGKAT DIPLOMA IJAZAH

Bagi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah, berikut merupakan kriteria- kriteria yang perlu dipenuhi.

  • STPM: Lulus 2 mata pelajaran dengan PNGK 2.00 dan ke atas termasuk subjek Pengajian Am dan memperoleh kredit dalam subjek Bahasa Melayu peringkat SPM.
  • A- Level: 2 рrinсiрlе pas Crеdit аnd dalam BM-SPM
  • Asasi: Lulus Program Asasi dengan minimum PNGK 2.50 dan mendapat kredit dalam subjek bahasa Melayu.
  • Diploma: Lulus dalam diploma dengan minimum PNGK 2.50 dan memperoleh kredit dalam subjek bahasa Melayu.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK PERINGKAT MASTER 

Berikut merupakan kriteria bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana / master.

  • Lulus peringkat ijazah sarjana muda dengan minimum PNGK 2.50 dan memperoleh kredit dalam subjek bahasa Melayu dalam SPM.

KELAYAKAN AKADEMIK PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PHD)

Untuk pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat PHD, ini merupakan kriteria yang perlu dipenuhi.

  • Lulus Ijazah Sarjana dengan memperoleh minimum PNGK 2.50 dan memperoleh kredit dalam subjek bahasa Melayu.

Disiplin/ Bidang Pengajian

Biasiswa tersebut hanya ditawarkan untuk bidang pengajian tersenarai di bawah ini. Senarai ini boleh berubah dari masa ke masa. Oleh itu, pemohon dikehendaki untuk menyemak info ini dari masa ke masa.

Perubatan, Pergigian, Farmasi, Oрtоmеtri, Bioteknologi, Enginееring (Elektrik, Mеkanikan, Kimia), Sains Aktuari, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Tulen, Arkitek, Undang-Undang, Pelancongan, Ekonomi, Pentadbiran perniagaan, Pembankan, Ekonomi Islam, Pentadbiran Perniagaan Islam, Kewangan Islam, Sains, Kesenian dan Pendidikan.

Untuk pelajar yang berhasrat mendapatkan biasiswa ini untuk pengajian peringkat master, anda boleh berhubung terus dengan pihak MARA untuk maklumat terkini.

CARA MOHON BIASISWA MARA

Untuk pengetahuan pembaca, calon dikehendaki membuat permohonan di atas talian di laman web httр://еdulоаn.mаrа.gоv.my

  • Pemohon juga boleh menggunakan portal tersebut untuk membuat semakan keputusan biasiswa MARA.
  • Pemohon perlu mengisi borang tawaran dan mengisi bahagian perjanjian yang disertakan. Pemohon perlu mempunyai akaun bank yang aktif atas nama sendiri sama ada di bank Maybank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Kerjasama Rakyat, RHB Islamic, Affin Islamic Berhad dan CIMB.
  • Selain itu, pemohon turut perlu memiliki akaun email yang aktif. Semua salinan dokumen- dokumen penting perlu disahkan dengan mana- mana jabatan kerajaan gred A dan ke atas.

MAKLUMAT LANJUT

Berikut merupakan maklumat perhubungan MARA. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon di bawah.

Alamat: Bahagian Penajaan Pendidikan Tingkat 3, ibu pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2613 2015/ 03-2613 2016
Fax: 03-2691 5854
Website: http://www.mara.gov.my

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *