BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN MTNP (Syarat & Kelayakan)

BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN MTNP (Syarat & Kelayakan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN MTNP (Syarat & Kelayakan)

BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN MTNP ini mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertempat di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Mulai Julai 2006, program ini dipindahkan ke kampus baru di Tanjung Lumpur, Kuantan. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun dan program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.

Baca Juga : BIASISWA TAHFIZ PROFESIONAL JAKIM/UIAM (Syarat & Kelayakan)

BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG (Syarat & Kelayakan)

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG 2023 (Syarat & Kelayakan)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Telah mendapat tawaran mengikuti program Diploma Tahfiz di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
  3. Mempunyai sahsiah diri yang baik, berpersonaliti unggul dan taraf Kesihatan yang baik.

 

KADAR PENAJAAN BIASISWA DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN

Kadar Penajaan – RM1,200/sebulan

 

Maklumat Lanjut

Layari Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *