BAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN : PENJAWAT AWAM DAN PESARA

BAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN : PENJAWAT AWAM DAN PESARA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN : PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Perdana Menteri telah mengumumkan akan ada bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI pada hari ini, 27 Julai 2023. Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam, bergantung kepada kemampuan kewangan. Sementara ia diperincikan, Kerajaan menyediakan Bantuan Khas Penghargaan untuk Penjawat Awam dan Pesara.

Baca Juga : CARA DAFTAR MyEG : LOGIN MYEG PORTAL

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN : PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Kerajaan mengumumkan pemberian BantuanKhas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak

Bayaran bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

SIAPA YANG MENERIMA MANFAAT

Bantuan ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.

Ini akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

“Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

 

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS

Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh 2 minggu lagi dari hari ini (jangkaan sekitar minggu pertama atau minggu kedua bulan Ogos).

 

Maklumat Lanjut & Lain-lain Inisiatif Yang Diumumkan

Maklumat lanjut berkaitan pemberian bantuan ini boleh dirujuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Di samping itu, terdapat beberapa inisiatif yang diumumkan PM sebentar tadi. Antaranya:

  • Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
  • Tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi bagi membantu PMKS
  • Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah
  • Tambahan RM400 juta pinjaman mikro
  • Tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah.
  • Bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan
  • Menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *