BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE : INSTITUSI ZAKAT NEGERI

BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE : INSTITUSI ZAKAT NEGERI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE : INSTITUSI ZAKAT NEGERI

Tahukah anda cara bayar Zakat Fitrah Secara online? Kini terdapat pelbagai Platform Pembayaran Zakat Online yang memudahkan urusan anda. Antaranya Shopee, Maybank2u dan bermacam lagi. Menurut syarak, Zakat Fitrah hendaklah ditunaikan sepanjang bulan Ramadan dimana waktu atau masa bagi tujuan menunaikannya adalah bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

APA ITU ZAKAT FITRAH?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:

كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ

Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”

Riwayat al-Bukhari (1439)

KEWAJIPAN BAYAR ZAKAT FITRAH

Kewajipan menunaikannya adalah bertujuan bagi membersihkan diri daripada kelalaian sepanjang ibadat puasa serta menyucikan jiwa umat Islam yang berpuasa dan seterusnya bayaran berkenaan dapat digunakan untuk tujuan membantu orang-orang yang tidak berkemampuan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE SETIAP NEGERI

Anda boleh membuat pembayaran zakat melalui portal zakat negeri masing-masing. Pautannya seperti di bawah:

KADAR ZAKAT FITRAH SETIAP NEGERI 2024

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

KADAR ZAKAT FITRAH 2024 : MENGIKUT NEGERI

SENARAI INSTITUSI ZAKAT SETIAP NEGERI

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Amil Zakat Setiap Negeri

 

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *