BAYAR PTPTN GUNA KWSP : AKAUN 2

BAYAR PTPTN GUNA KWSP : AKAUN 2
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BAYAR PTPTN GUNA KWSP : AKAUN 2

Mungkin ada yang belum tahu bahawa kita boleh bayar balik pinjaman PTPTN menggunakan KWSP.  Kini dengan membuat pengeluaran KWSP dan nikmati diskaun yang ditawarkan.  Tak kiralah kita nak bayar sebahagian atau bayar penuh, bergantung pada jumlah simpanan yang ada dalam akaun KWSP kita. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU PTPTN?

PTPTN , atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PTPTN?

Secara amnya, anda mestilah pelajar Diploma atau Sarjana Muda untuk melayakkan diri untuk permohonan pinjaman PTPTN.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mesti berumur di bawah 45 tahun.
  • Anda mesti ditawarkan tempat di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh KPM/MQA.
  • Kursus anda hendaklah mendapat kelulusan KPM / mempunyai Sijil Akreditasi yang sah daripada MQA (untuk universiti swasta).
  • Anda mesti tiada penaja lain.
  • Anda mesti mempunyai akaun SSPN-i.
  • Selain itu, pinjaman PTPTN meliputi kursus profesional seperti ACCA dan ICAEW, serta pengajian Pascasiswazah yang ditawarkan oleh institusi awam sahaja.
  • Semak cara membuka akaun SSPN-i dan memohon PTPTN secara dalam talian .

FUNGSI PTPTN

  • PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan.
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

SYARAT PENGELUARAN KWSP UNTUK BAYAR PTPTN

Berikut adalah merupakan syarat yang ditetapkan bagi  pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN:

  1. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
  2. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.

CARA PEMBAYARAN PTPTN GUNA KWSP

Terdapat 5 langkah mudah bagi anda yang ingin menggunakan wang KWSP untuk membuat bayaran balik ke akaun pinjaman PTPTN semasa belajar di IPT dahulu.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Langkah 1
    • Untuk memudahkan urusan, sila daftar akaun KWSP online (i-Akaun KWSP) terlebih dahulu.
    • Bila dah daftar i-Akaun, bolehlah check amaun yang ada dalam Akaun 2 sebab Akaun 2 ni yang boleh dikeluarkan untuk membuat bayaran balik PTPTN nanti.
  • Langkah 2
  • Langkah 3
    • Selepas dah tahu jumlah baki pinjaman PTPTN, bolehlah kita proceed untuk buat pengeluaran KWSP.
    • Caranya, log masuk ke akaun i-Akaun anda: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
    • Klik Tab Pengeluaran > Pilih e-Pengeluaran > Klik permohonan baru
    • Semak status permohonan yang akan dihantar melalui SMS / mesej sekuriti di inbox i-Akaun
    • Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP untuk proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
  • Langkah 4
    • Kemudian, bolehlah semak status permohonan dalam tempoh tidak lebih 15 hari bekerja selepas permohonan dibuat.
    • Barulah kita tahu sama ada kita boleh proceed untuk bayar PTPTN guna KWSP.
  • Langkah 5
    • Akhir sekali, sila hadir ke KWSP bersama dokumen sokongan yang ditetapkan. Contohnya salinan surat tawaran IPT / Transkrip/ Skrol.
    • Jangan lupa paling penting mestilah kena bawa kad pengenalan untuk pengesahan cap ibu jari ok!
    • Selepas itu, proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16 hari.

Nak tahu sama ada pembayaran dah dilunaskan, anda boleh membuat semakan di i-akaun KWSP anda atau melalui semakan baki pinjaman di laman web PTPTN tadi.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang cara bayar PTPTN guna KWSP, sila hubungi Care line PTPTN di talian 03 – 2193 3000 atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan KWSP di talian 03 – 8922 6000.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *