BAYAR BIL GUNA ATM : MUDAH DAN CEPAT

BAYAR BIL GUNA ATM : MUDAH DAN CEPAT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BAYAR BIL GUNA ATM : MUDAH DAN CEPAT

Tahukah anda cara bayar bil guna mesin ATM? Untuk pengetahuan anda, selain menggunakan online banking, anda juga boleh membuat pembayaran  bil-bil utiliti seperti Bil air, elektrik, telefon unifi dan sebagai melalui mesin ATM.

Disini kami akan kongsikan cara bayar bil guna mesin ATM menggunakan perkhidmatan JomPay, semoga membantu.

APA ITU ATM?

Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan capaian transaksi kewangan kepada pelanggan institusi kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang manusia atau kerani bank.

APA ITU JOMPAY

JomPay merupakan satu inisiatif nasional yang disokong oleh bank-bank di Negara Malaysia bagi menyediakan satu kaedah pembayaran melalui online.

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda dapat menikmati pembayaran bil menggunakan dana dari akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kad kredit anda. Dengan menggunakan JomPay, segala transaksi dan pembayaran bil anda akan lebih cepat, selamat dan mudah.

APA ITU BILLER CODE JOMPAY?

Kod Pengeluar Bil adalah nombor unik untuk mengenal pasti Pengeluar Bil JomPAY. Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh Pengeluar Bil anda untuk mengenal pasti akaun anda. Ref-1 mungin tetap atau berubah seperti yang diperlukan oleh Pengeluar Bil.

CARA SEMAK BILLER CODE JOMPAY 

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil, seharusnya anda mengetahui biller code JomPay terlebih dahulu. Berikut adalah cara membuat semakan:

  1. Layari pautan JomPAY: https://jompay.com.my/index.html
  2. Tekan pada Personal dan tekan Find Biller Codes.
  3. Pada kotak carian, taipkan kata kunci Bil yang ingin anda cari (contoh TNB), tekan butang Search.
  4. Hasil carian akan terpapar berserta dengan biller code. (Contoh kod TNB adalah 5454)
  5. Anda boleh simpan code tersebut untuk digunakan semasa pembayaran online.

CARA BAYAR BIL GUNA ATM

Berikut adalah merupakan cara untuk membayar bil utiliti menggunakan mesin ATM:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan ATM berhampiran anda
  2. Masukkan kad debit anda ke dalam mesi ATM
  3. Pilih bahasa yang anda inginkan
  4. Masukkan nombor PIN anda
  5. Pada menu utama, pilih pada PayBills
  6. Kemudian pilih pada JomPay > Pembayaran Bil JomPay
  7. Klik setuju pada terma dan syarat yang tertera
  8. Masukkan jumlah bayaran yang anda inginkan, kemudian tekan Ya
  9. Seterusnya masukkan Biller Code (boleh didapati pada bil atau anda boleh membuat semakan seperti di atas), klik teruskan
  10. Pada Ref 1 (no sahaja) – masukkan no kad pengenalan anda. Klik teruskan
  11. Pada Ref 2 (no sahaja) – masukkan jika berkenaan, sekiranya tidak klik teruskan
  12. Maklumat bayaran akan tertera. Sekiranya betul klik pada Ya
  13. Selesai
  14. Ambil dan simpan resit yang akan dikeluarkan oleh ATM kepada anda apabila selesai transaksi sebagai rujukan anda.

NOTA: Setiap fungsi di mesin ATM mungkin berlainan tetapi caranya adalah sama.

 

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *