BANTUAN ZAKAT SABAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN ZAKAT SABAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN ZAKAT SABAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Negeri Selangor? (Majlis Ugama Islam Sabah) komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU ZAKAT?

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

APA ITU MUIS

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mula menguruskan hal ehwal pungutan dan agihan zakat  di negeri Sabah sejak tahun 1970. Unit yang mula dikenali sebagai unit Baitulmal telah melalui proses penjenamaan semula seperti Bahagian zakat dan Fitrah seterusnya kepada Pusat Zakat Sabah bagi mengetengahkan aspek komersial dan professional dalam hal ehwal agama. Dengan moto ‘Berzakat membawa berkat, bersama membangun asnaf’, MUIS ingin memastikan setiap asnaf mendapat bantuan yang layak dan mudah.

SYARAT UMUM BANTUAN ZAKAT SABAH MUIS

Berikut adlaah merupakan syarta umum yang ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia/permastautin tetap.
  2. Keutamaan diberikan kepada penduduk asal negeri Sabah
  3. Tidak mempunyai pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi.
  4. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

SENARAI SKIM BANTUAN ZAKAT MUIS

Terdapat beberapa jenis skim bantuan zakat yang disediakan oleh pihak MUIS. Berikut adalah senarai skim bantuan zakat Muis :

  1. Bantuan Sosial Ekonomi
    • Bantuan Am
    • Bantuan Perubatan
    • Bantuan Bencana Alam
    • Bantuan Kecemasan
    • Bantuan Pengurusan Jenazah
  2. Bantuan Pendidikan
    • Bantuan Yuran Pendaftaran
    • Bantuan Dermasiswa
    • Bantuan Tiket Penerbangan
  3. Bantuan Mualaf
    • Bantuan Perubatan
    • Bantuan Am Mualaf

CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT MUIS

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan semua skim bantuan zakat yang disediakan secara online:

  1. Sila akses pautan permohonan di Portal Zakat Sabah Online: https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php
  2. Sebagai pengguna baharu, pemohon perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menekan butang ‘Daftar Sekarang’
  3. Isikan  nombor kad pengenalan anda. Lengkapkan maklulat yang diperlukan kemudian tekan Daftar.
  4. Seterusnya log masuk kembali akaun anda
  5. Pada menu utama klik pada Mohon Bantuan
  6. Pilih skim bantuan yang diperlukan
  7. Lengkapkan segala maklumat sehingga permohonan anda selesai.

Untuk panduan dengan lebih lanjut anda boleh merujuk DI SINI

SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN MUIS 

Kepada anak Negeri Sabah yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, Kini MUIS telah membuka permohonan bagi Bantuan Pendidikan MUIS.

Bantuan Merangkumi:

  • Yuran pendaftaran awal
  • Tiket penerbangan sehala

Peringkat Pengajian

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kelayakan

  • Penduduk asal Negeri Sabah.
  • Warganegara Malaysia/permastautin tetap
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Cara Permohonan

  • Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php
  • Klik bahagian Log Masuk > Daftar Sekarang
  • Masukkan no kad pengenalan dan klik Pengesahan.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang Daftar.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Buat pendaftaran sehingga tamat.
  • Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email zakatsabah@gmail.com

MAKLUMAT LANJUT

Uintuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Zakat Sabah MUIS, anda boleh merujuk

  • website rasmi MUIS di pautan: appszakat.sabah.gov.my
  • Emel: zakatsabah@gmail.com
  • Telefon: 088-279206 / 279100

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *