BANTUAN ZAKAT PERAK : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN ZAKAT PERAK : MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN ZAKAT PERAK : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Negeri Perak? Zakat Perak melalui MAIPk komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU ZAKAT?

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT 

Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat :-

  1. Faqir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Ar-Riqab
  6. Al-Gharimin
  7. Fisabilillah
  8. Ibnu Sabil

 APA ITU MAIPk

Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berfungsi  menganjur, mendorong, membantu dan berusaha meningkatkan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat islam berpandukan hukum-hukum Syarak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

OBJEKTIF MAIPk

  • Memartabatkan Intitusi zakat melalui sistem pungutan dan agihan yang berkesan
  • Mentadbir harta baitulmal dan wakaf bagi tujuan membangunkan sosioekonomi dan menandatangani kemaslahatan ummah
  • Menjana kualiti perkhidamtan, budaya kerja cemerlang dan dinamik serta pengurusan yang sistematik dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi secara maksimum.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT PERAK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah / Ghorimin (tertakluk had kifayah).

SENARAI BANTUAN ZAKAT PERAK

Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang tersedia beserta borang permohonan:

A.PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL

    1. SKIM BANTUAN KECEMASAN / SEGERA
    2. SKIM BANTUAN PERUBATAN
    3. SKIM BANTUAN HEMODIALISIS
    4. SKIM BANTUAN BINA RUMAH
    5. SKIM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
    6. SKIM BANTUAN KEWANGAN BULANAN
    7. SKIM BANTUAN PENYELESAIAN HUTANG
    8. SKIM BANTUAN BENCANA
    9. SKIM BANTUAN TAMBANG PERJALANAN DOMESTIK

B.PROGRAM BANTUAN HARI RAYA

    1. SKIM BANTUAN HARI RAYA

C.PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

    1. SKIM BANTUAN AM PELAJARAN
    2. SKIM BANTUAN DERMASISWA DALAM / LUAR NEGARA
    3. SKIM BANTUAN TAMBANG PERJALANAN PERGI SEHALA / BALIK SEHALA
    4. SKIM BANTUAN DERMASISWA PELAJAR TAJAAN/ BANTUAN AM (MESIR DAN JORDAN)
    5. SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN
    6. SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL

D.PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI

    1. SKIM BANTUAN MODAL
    2. SKIM LATIHAN DAN KURSUS PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF

E.PROGRAM PEMERKASAAN INSAN

    1. SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF

NOTA: Borang ini tidak tertakluk kepada Bantuan Am Pelajaran. Bagi tujuan tersebut sila layari pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/

CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK

Kepada pemohon yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAIKp dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
  2. Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
  3. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
  4. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.

SENARAI CAWANGAN MAIPk

Untuk mengetahui senarai cawangan berhampiran, anda boleh merujuk pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenau bantuan zakat Perak, sila layari website rasmi Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk ) di pautan https://www.maiamp.gov.my/

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *