BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN : MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Negeri Sembilan MAINS ? MAINS komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU ZAKAT?

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT 

Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat :-

  1. Faqir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Ar-Riqab
  6. Al-Gharimin
  7. Fisabilillah
  8. Ibnu Sabil

APA ITU BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN MAINS

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan sebuah agensi kerajaan yang berperanan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sembilan. MAINS menawarkan perkhidmatan bantuan zakat kepada rakyat Negeri Sembilan mengikut golongan asnaf. Kadar bantuan juga berbeza mengikut golongan asnaf.

KATAGORI BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN MAINS

Berikut adalah merupakan jenis bantuan yang tersedia mengikut golongan asnaf iaitu:

1.Fakir & Miskin Negeri sembilan

    • Bantuan makanan, bantuan pembaikian rumah, bantuan perubatan dan peralatan perubatan, bantuan hemodialisis, bantuan pembangunan asnaf & modal, bantuan Hari Raya, bantuan kewangan, bantuan persekolahan & pendidikan dan Program Motivasi Fakir Miskin negeri sembilan.

2.Amil negeri sembilan

    • Bantuan pengurusan amil, kursus amil, bantuan tambang & elaun amil dan urusan zakat fitrah negeri sembilan.

3.Muallaf negeri sembilan

    • Bantuan saguhati kemasukan islam, Program Kefahaman Islam & Kursus, bantuan kebajikan muallaf, bantuan membaiki rumah dan sewa rumah, bantuan perkahwinan muallaf, bantuan modal dan perniagaan, bantuan dermasiswa muallaf dan Pertubuhan Muallaf negeri sembilan.

4.Gharimin negeri sembilan

    • Bantuan membayar hutang melibatkan keperluan asasi dan bantuan bencana alam negeri sembilan.

5.Fisabilillah negeri sembilan

    • Bantuan Saguhati Jawatankuasa Masjid, pembiayaan kursus kefahaman islam, bantuan mengurus jenazah tanpa waris, bantuan surau & masjid, derma perayaan islam, bantuan kepada pertubuhan islam, bantuan tahunan masjid, aktiviti pusat kaunseling, usaha penterjemahan kitab dan bantuan kepada badan penguatkuasa agama negeri sembilan.

6.Riqab negeri sembilan

    • Dermasiswa pelajaran, bantuan sekolah agama rakyat, pembudayaan al-quran dan ilmu, bantuan kepada sekolah menegah agama di negeri sembilan, bantuan kebajikan am ipt, bantuan kebajikan persekolahan, saguhati pelajar timur tengah, pembayaran elaun penyelia kafa, bantuan perpustakaan sekolah agama dan bantuan aktiviti Institusi Pendidikan negeri sembilan.

7.Ibnu Sabil negeri sembilan

    • Bantuan tambang musafir, bantuan tambang pelajar dan insentif naik haji pegawai masjid negeri sembilan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN MAINS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan ini iaitu:

  • Hanya ketua keluarga sahaja yang boleh membuat permohonan bantuan am kebajikan negeri sembilan ini.
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan jelas, lengkap dan betul dengan tulisan berhuruf besar.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan berdasarkan maklumat yang salah akan ditolak.
  • Pemohon mestilah tinggal di Negeri Sembilan lebih daripada setahun.
  • Permohonan bantuan am mestilah disahkan oleh jawatankuasa masjid atau Pengerusi MPKK.

CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN MAINS

Kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan Bantuan Am Kebajikan
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang tersedia pada borang tersebut dengan lengkap dan tepat.
  3. Lampirkan dokumen yang diperlukan yang telah disahkan oleh imam masjid, pengerusi masjid atau pengerusi MPKK beserta surat sebab menyatakan sebab permohonan bantuan am.
  4. Pemohon perlu menghantar borang, dokumen lampiran dan surat sebab ke pejabat MAINS.
  5. Pihak berkuasa akan menapis dan meluluskan permohonan pemohon jika memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan.
  6. Wang bantuan ini akan diberikan menerusi bank yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan.

SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT NEGERI SEMBILAN MAINS

Kepada anda yang ingin menyemak status permohonan anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MAINS: https://www.mains.gov.my/
  2. Pada paparan utama klik pada bahagian Semak Bantuan dengan klik pada butang KLIK DISINI.
  3. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang Hantar.
  4. Status permohonan akan dipaparkan bagi rujukan pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat mengenai Bantuan Zakat MAINS, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *