BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara semak kelayakan bantuan zakat Negeri selangor/ Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor) komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU ZAKAT?

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

SENARAI BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR

Berikut adalah senarai bantuan zakat yang boleh dipohon, seperti di bawah :

  • Bantuan Perubatan.
  • Bantuan Sewa Rumah.
  • Bantuan Yuran Sekolah.
  • Bantuan Kewangan Bulanan.
  • Bantuan Makanan Bulanan.
  • Bantuan Bina dan Baikpulih Rumah.
  • Bantuan Hutang Kehidupan.
  • Bantuan Badan dan Persatuan.
  • Bantuan Penerapan Nilai Islam.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima zakat :

  • Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
  • Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
  • Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon menanggung anak yang ramai.
  • Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
  • Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti.

SENARAI ASNAF ZAKAT

Berikut adalah senarai asnaf yang layak menerima zakat :

  1. Asnaf Fakir.
  2. Asnaf Miskin.
  3. Asnaf Amil.
  4. Asnaf Muallaf.
  5. Asnaf Riqab.
  6. Asnaf Fisabilillah.
  7. Asnaf Gharimin.
  8. Asnaf Ibnu Sabil.

*Untuk info lebih terperincin berkaitan asnaf di atas, boleh rujuk di sini : https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/penerima-kriteria-penerimaan-zakat/.

SEMAKAN BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR

  1. Sila klik pada pautan Ezo Zakat Selangor di sini : https://ezo.zakatselangor.com.my/.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dan kata laluan (sekiranya pernah berdaftar) Klik [Sign in].
  3. Sekiranya belum pernah berdaftar, sila daftar dan klik sama ada [Individu] atau [Syarikat].
  4. Kemudian masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
  5. Tandakan pada kotak persetujuan.
  6. Seterusnya, klik [Daftar].
  7. Kemudian masukkan Nombor MyKad pemohon dan kata laluan yang betul.
  8. Status anda akan dipaparkan.

HIKMAH DI SYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

RUJUKAN

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
  • E-mel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

BACA JUGA :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *