BANTUAN ZAKAT JOHOR : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN ZAKAT JOHOR : MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN ZAKAT JOHOR : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Negeri Johor? Bantuan Zakat Johor melalui MAIJ komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU ZAKAT?

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT 

Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat :-

  1. Faqir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Ar-Riqab
  6. Al-Gharimin
  7. Fisabilillah
  8. Ibnu Sabil

APA ITU MAIJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1925 di bawah kuatkuasa Bahagian IV, Bab XV, Lembaga Aturan Bagi Pemerintahan Raja. Ianya berfungsi sebagai:

  • Menguruskan hal ehwal Agama
  • emberi khidmat nasihat mengenai adat istiadat Raja
  • emberi pelajaran / pendidikan kepada kerabat Di Raja.
  • Menguruskan kebajikan masyarakat Islam
  • Menguruskan dan mentadbir Kumpulan Wang Zakat & Fitrah dan mengagihkan mengikut asnaf
  • Mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang / Harta Baitulmal.
  • Mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf.

OBJEKTIF MAIJ

  • Memantapkan masyarakat Islam tentang konsep Baitulmal, Zakat dan Wakaf.
  • Menjelaskan kepentingan Baitulmal, Zakat dan Wakaf di dalam merealisasikan sosio ekonomi Islam.
  • Memberi kesedaran kepada umat Islam akan pentingnya merebut peluang pembangunan bagi memajukan ekonomi Islam.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT JOHOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan:

  • Islam
  • Warganegara Malaysia @ Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 1 tahun dan ke atas
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  • Melepasi proses Had Kifayah yang ditetapkan.

SENARAI BANTUAN ZAKAT JOHOR

Antara senarai bantuan yang sering dipohon oleh asnaf :

  • Skim Bantuan Hari Raya
  • Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan
  • Skim Bantuan Perubatan
  • Skim Bantuan Perumahan
  • Skim Bantuan Berdikari
  • Skim Bantuan Pendaftaran IPT
  • Skim Dermasiswa Pelajar
  • Skim Bantuan Pakaian Sekolah
  • Skim Bantuan Basikal Pelajar
  • Skim Bantuan Cermin Mata Pelajar
  • Skim Pembiayaan Tambang Pengajian
  • Skim Bantuan Menjelaskan Hutang
  • Skim Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru
  • Skim Bantuan Segera (Kecemasan)

MUAT TURUN BORANG BANTUAN ZAKAT JOHOR

Berikut adalah merupakan pautan muat turun borang permohonan Zakat

CARA MOHON BANTUAN ZAKAT JOHOR

Kepada pemohon yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  • Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAINJ dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
  • Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
  • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
  • Setiap borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke MAINJ daerah berkenaan.
  • Menyertakan lampiran berkaitan permohonan.

SENARAI CAWANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

Untuk mengetahui senarai cawangan berhampiran, anda boleh merujuk pautan berikut https://www.maij.gov.my/hubungi/daerah-daerah

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenau bantuan zakat Johor, Sila layari website rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor di pautan https://www.maij.gov.my/

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *