BANTUAN ZAKAT BULANAN MAIWP : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN ZAKAT BULANAN MAIWP : MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN ZAKAT BULANAN MAIWP : MOHON & SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Kewangan Bulanan MAIWP? MAIWP komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU ZAKAT?

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT 

Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat :-

  1. Faqir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Ar-Riqab
  6. Al-Gharimin
  7. Fisabilillah
  8. Ibnu Sabil

APA ITU BANTUAN ZAKAT KEWANGAN BULANAN MAIWP

Skim Bantuan ini merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.

Golongan asnaf yang layak memohon adalah terdiri daripada kawasan:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

KADAR BAYARAN BANTUAN ZAKAT KEWANGAN BULANAN MAIWP

Kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah antara RM300 sehingga RM1,000 Sebulan. Ia berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf hidup pemohon.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT KEWANGAN BULANAN MAIWP

Berikut adalah merupakan antara syarat permohonan yang ditetapkan:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia sahaja
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyemak dokumen yang dikehendaki adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan (Borang Bantuan)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.[ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.[ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  7. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

 Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

  1. Keluarga bercerai.
    • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  2. Ahli keluarga telah meninggal dunia.
    • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  3. Saudara baru.
    • Satu salinan kad memeluk Islam.
  4. Orang Kelainan Upaya.
    • Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  5. Pengidap sakit kronik.
    • Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  6. Sedang mengikuti pengajian di IPT.
    • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  7. Keluarga bermasalah.
    • Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
  8. Muflis.
    • Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

CARA MOHON BANTUAN ZAKAT KEWANGAN BULANAN MAIWP

Kepada yang kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:

  1. Muat turun Borang Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Lengkapkan borang tersebut beserta dengan dokumen yang diperlukan.
  3. Hantarkan borang permohonan tersebut ke mana-mana kaunter Baitumal MAIWP yang berdekatan.

NOTA: untuk menyemak lokasi kaunter Baitulmal yang berhampiran, boleh rujuk DI SINI

CARA PERMOHONAN BARANG ASASI MAIWP RM300

Berita gembira buat penerima bantuan kewangan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bantuan Keperluan Asasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 bermula Februari 2024.

Apa Itu Bantuan Barangan Asasi Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP

    • Ia merupakan bantuan yang diberikan melalui e-wallet Boost bagi memudahkan asnaf membeli barangan asasi.

Tarikh Perlaksanaan Barangan Asasi Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP

    • Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2022 melalui aplikasi e-wallet Boost.

Cara Permohonan Barangan Asasi Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP

    • Bantuan ini disediakan kepada penerima bantuan bulanan sedia ada. Oleh itu tidak ada permohonan untuk bantuan ini.
    • Penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP sedia ada perlu hadir ke Pusat Agihan Zakat MAIWP (PAZA) berdekatan bagi membuat semakan dan kemaskini maklumat iaitu nombor telefon akaun boost.

Cara Semakan & Kemaskini Barangan Asasi Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP

    • Penerima bantuan kewangan bulanan perlu hadir ke kaunter semakan dan kemaskini penerima bagi kemaskini nombor telefon pemilik akaun boost.
    • Pemilik nombor telefon akaun Boost perlu hadir bagi pengesahan identiti.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan bulanan MAIWP, anda boleh merujuk  website Rasmi MAIWP

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *